PROFIL AMALAN TERBAIK ORGANISASI PEMBELAJARAN
Keywords:
amalan terbaik, organisasi pembelajaran, sekolah.Abstract
Kajian ini melibatkan tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan, fasa rekabentuk dan fasa penilaian. Seramai lima belas orang pakar terlibat dalam temubual untuk pusingan pertama teknik Delphi. Analisis tematik data temubual menemui sebanyak 141 amalan berkaitan organisasi pembelajaran. Hasil cadangan item baru dan penambahbaikan dari lima belas pakar tersebut, sebanyak 160 amalan telah disepakati pada tahap tinggi oleh pakar sebagai amalan terbaik organisasi pembelajaran. Amalan ini meliputi empat elemen berkaitan visi dan misi organisasi, empat elemen berkaitan iklim dan struktutr organisasi, lima elemen berkaitan kepimpinan organisasi, empat elemen berkaitan pembelajaran individu dan lima elemen berkaitan budaya pembelajaran kolektif.