Pendidikan Melayu Dan Agama di Johor Bahru, 1857-1957

Authors

  • Arb'iyah Mohd Noor Universiti Malaya

DOI:

https://doi.org/10.22452/PERADABAN.vol14no1.2

Keywords:

Education, Religious and Malay Schools, Johor Bahru, Change, Roles

Abstract

Abstrak

Sebelum kedatangan British, masyarakat Melayu di Johor mempunyai corak pendidikan tersendiri berdasarkan asas pendidikan Islam dan al-Quran. Institusi pendidikan tradisional ini diteruskan tanpa merubah struktur asasnya walaupun setelah kehadiran British ke negeri Johor. Justeru, makalah ini akan membincangkan mengenai perkembangan pendidikan Melayu dan agama di Johor Bahru dari 1857-1957. Makalah ini akan dimulakan dengan huraian mengenai latar belakang pendidikan Melayu dan agama di Johor. Di samping itu, makalah ini akan turut memfokuskan tentang perubahan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam tempoh tersebut. Selain itu, makalah ini akan melihat peranan dan strategi masyarakat Melayu pelbagai lapisan dalam memajukan pendidikan masyarakat Melayu di Johor Bahru pada ketika itu. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan kajian perpustakaan dengan meneliti beberapa sumber primer seperti Johor Annual Report dari 1910-1915, Education in Johore, 1928-1933, Penyata Jabatan Agama Johor 1932, Penyata Sekolah-Sekolah Agama Johor dan Daerahnya bagi Tahun 1939 dan 1951 yang terdapat di Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor selain sumber sekunder berbentuk buku dan tesis.

Kata Kunci: Pendidikan; Sekolah Melayu dan Agama; Johor Bahru; Perubahan; Peranan

 

Abstract

Before the arrival of the British, the Malays in Johor had their own educational pattern based on Islamic education and al-Quran. This traditional educational institution continued without changing its basic structure even after the British presence in the state of Johor. Thus, this paper will discuss the development of Malay and religious education in Johor Bahru from 1857 to 1957. This paper will begin with a description of the background of Malay and religious education in Johor. In addition, this paper will also focus on the changes that have been made by the government during this period. The paper will look at the roles and strategies of the Malay community in advancing the education of the Malays in Johor Bahru at that time. This qualitative study uses the library research approach by examining several primary sources such as the Johor Annual Report from 1910-1915, Education in Johore, 1928-1933, Penyata Jabatan Agama Johor 1932, Penyata Sekolah-Sekolah Agama Johor dan Daerahnya bagi Tahun 1939 dan 1951 available at the National Archives of Malaysia (Johor Branch) as well as some secondary sources such as books and theses.

Keywords: Education; Religious and Malay Schools; Johor Bahru; Change; Roles

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-12-31