Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh Guru Prasekolah
Keywords:
Kurikulum, guru prasekolahAbstract
Kajian kualitatif ini bertujuan memerihalkan dan memahami pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di prasekolah. Data di kumpul melalui kaedah pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran guru berkenaan selama enam bulan, kaedah temu bual dengan guru, dan analisis dokumen kurikulum yang berkaitan. Dapatan kajian ini juga diharapkan akan dapat membantu mengenal pasti pola dan kecenderungan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah, di samping minat guru dan minat murid perlu diambil kira. Kami percaya, hanya melalui cara ini matlamat murni kurikulum ini akan dicapai, iaitu bertujuan membantu murid berkembang secara seimbang sebagaimana yang dihasratkan oleh Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan selaras dengan Program Transformasi Negara.