Sebuah Sorotan Sumber Pengurusan Islam
Abstract
Bidang pengurusan adalah bidang yang melibatkan kegiatan dan daya pengaryaan manusia, maka, teori atau hasil ilham dan pemikiran manusia juga boleh diterima pakai, asalkan ia bersesuaian dan selaras dengan kehendak syarak. Di sini kami membincangkan tentang sumber rujukan pengurusan, Islam yang termasuk al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber asasi, tetapi kami dapati kompilasi lengkap berhubung dengan pengurusan masih perlu sumber lain berupa catatan pengalaman sarjana Islam, manuskrip, monumen, matawang, buku-buku, hasil penyelidikan dan kajian pengalaman para sahabat, para ulama’ dan para sarjana Islam yang terlibat dengan bidang pengurusan. Sumber-sumber yang dikemukakan bertujuan memudahkan penyelidikan pengurusan Islam dalam suasana dan bentuk yang baharu bagi menghasilkan teorinya yang mengatasi teori pengurusan Barat.