Inovasi Produk Dalam "Program Homestay": Penerokaan Di Wilayah Pantai Timur Persekutuan Tanah Melayu, Malaysia

Authors

  • Suhaida Herni Suffarruddin Universiti Sains Malaysia
  • Mastura Jaafar
  • Suraiyati Rahman

DOI:

https://doi.org/10.22452/DOI:%20https://doi.org/10.22452/PERADABAN.vol13no1.1

Keywords:

Inovasi, Inovasi Produk, Program Inapdesa, Pelancongan Luar Bandar

Abstract

Innovation is an important aspect for all sectors including the tourism sector. The challenging external environment forced businesses to innovate for continuously competitive. Accordingly, improvement and creating new product should be implemented in line with the tourist desire. The rural Homestay Program is one of the unique activities and has the potential to grow in tourism. This study intends to explore the implementation of product innovations in this program on the East Coast Federation of Malaya, Malaysia. Two Homestay programs were selected based on the high performance of tourist arrivals in 2016 and have a uniqueness of the packages offered. A qualitative approach using a face-to-face interview has been done with the Homestay’s coordinators. The findings show that the Homestay programs have implemented the product innovation in terms of accommodation, activity packages and enterprises. This result can be used by the industry to upgrade the program Homestay in Malaysia as an effort to increase competitive advantage through innovation.

 

Inovasi merupakan aspek yang penting dalam semua sektor termasuklah sektor pelancongan. Persekitaran luaran yang semakin mencabar memaksa perniagaan untuk berinovasi supaya dapat terus bersaing. Sejajar dengan itu, penambahbaikan dan pembaharuan produk selari dengan kehendak pelancong perlu dilaksanakan. “Program Homestay” atau Program Inapdesa luar bandar merupakan salah satu kegiatan pelancongan yang mempunyai keunikan tersendiri dan berpotensi untuk berkembang. Kajian ini menerokai inovasi produk yang dilaksanakan dalam program ini di Pantai Timur Persekutuan Tanah Melayu, Malaysia. Dua buah program inapdesa telah dipilih berdasarkan prestasi kedatangan pelancong tertinggi pada tahun 2016 dan keunikan pakej yang ditawarkan. Pendekatan kualitatif iaitu temu bual bersemuka dilakukan dengan penyelaras program inapdesa. Dapatan menunjukkan inapdesa ini telah menjalankan inovasi produk daripada segi penginapan, pakej kegiatan dan perusahaan. Hasil kajian ini dapat digunakan oleh industri untuk menaik taraf program inapdesa di Malaysia sebagai usaha meningkatkan kelebihan daya saing melalui inovasi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-02-13