BAHASA MELAYU BAHASA ILMU: TELAH, LA.NI (SEKARANG) DAN KELAK

Authors

  • Shaharir Mohd Zain

Abstract

Sesuatu bahasa mencapai taraf bahasa ilmu jika dan hanya jika bahasa
itu menjadi medium penting dalam dua ranahnya yang penting: urusan
keilmuan dan urusan kehidupan beragrasana. Yang dimaksudkan urusan
keilmuan itu ialah gelung perancangan, penstrategian, pelaksanaan dan
penilaian dalam pengajaran dan pendidikan serta gelung penciptaan
atau pembinaan, pengembangan dan penilaian ilmu; manakala kehidupan
beragrasana ialah kehidupan beraras tinggi yang memerlukan
penghayatan bahasa yang tinggi seperti dalam kerja pengurusan,
perniagaan dan pelbagai kerja keikhtisasan. Jelaslah taraf bahasa ilmu
ini ada grednya, iaitu yang urusan itu bertaraf antarabangsa, dan yang
terendahnya ialah urusan itu hanya pada satu tahap yang rendah di
peringkat kebangsaan sahaja. Sehubungan dengan itu dua istilah fungsi
bahasa mengikut Fishman (1968) yangada hubungan dengan bahasa
ilmu ialah bahasa kebangsaan (bahasa rasmi atau bahasa nasional) dan
bahasa janapada (bahasa pembangunan atau bahasa nasion). Bahasa
kebangsaan hanya berfungsi untuk kepentingan politik sesuatu masa
sahaja danlata:u citra luaran sesebuah negara-bangsa yang berfungsi di
peringkat umum dan rendahan sahaja.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-10-15