Rehlah Ke Dunia Sains Islam Purwanto Bersama Ayat-Ayat Semestanya

Authors

  • Shaharir Mohd Zain

DOI:

https://doi.org/10.22452/PERADABAN.vol8no1.5

Abstract

Sains Islam dapat disaksikan menerusi beberapa rehlah (musafir dan belajar) menuju ke zaman Tamadun Islam atau taman-taman sains masa kini yang dibina oleh para sarjana yang beroleh kaedah sains baru yang diistilahkan sebagai kaedah sains Islam atau pengislaman/Islamisasi sains sejak 1970-an dahulu. Kaedah sains Islam ini, terutamanya di segi falsafah atau landasannya/faundasi-nya dihamparkan oleh Nasr (sejak tahun 1964), al-Faruqi (dengan karya terkenalnya Islamisation of Knowledge 1982 dan diterjemah kepada bahasa Melayu Indonesia 1987(?) dan Malaysia 1991), al-Attas (dengan karya terkenalnya Islam and Secularism 1978 yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu Indonesia 1981 dan terjemahan baharunya Islam dan sekularisme oleh Khalif Muammar terbitan PIMPIN, Bandung, 2011), Ijmali (diketuai oleh Sardar yang cukup banyak karyanya sejak 1980-an dan sekurang-kurangnya sembilan buah bukunya diterjemah ke dalam bahasa Melayu Indonesia atau Malaysia), dan Golshani (yang lebih sering mengistilahkan hasilnya pengIslaman sainsnya sebagai sains teis dan cukup banyak karyanya walaupun yang terkenalnya ialah Philosophy of Science from the Qura’nic Perspectives, 1989 dan Issues in Islam and Science, 2004 yang kedua-duanya diterjemah ke dalam bahasa Melayu Indonesia). Selain daripada itu ada pula individu penegak sains moden menerusi al-Qur’aan (yang diistilahkan sebagai Bucailleis oleh Ijmalis atau I‘jazis oleh pengarang di dunia Arab, contohnya dalam Guessoum 2011, Islam’s Quantum Question Reconciling Muslim Tradition and Modern Science, terbitan Touris, London); dan penggerak massa sains Islam menerusi Islamisasi/pengIslaman sains seperti MAAS (di Aligarh, India), ASASI (di Malaysia), dan the Islamic Academy (UK), dan Commision for Scientific Miracles of the Qur’an and Sunnah di bawah World Muslim League khusus untuk penonjolan dan promosi jenama sains Islam menerusi Bucailleisme atau i‘jazisme.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2015-12-01