‘AWANG KEBUNCUAN ISI BUKIT PARAI AMAS’: SIRAM (CERITA LIPUR LARA) PUAK DUSUN DI BRUNEI

Authors

  • Maslin Bin Haji Jukim Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam, Jalan Tungku Link, Gadong BE1410, Brunei

Keywords:

Siram, Puak Dusun, Sakral, Balian, Warisan Brunei

Abstract

Kajian ini meneliti tentang cerita lipur lara dalam korpus Kesusasteraan Melayu Tradisional Brunei. Cerita lipur yang dimaksudkan ialah daripada Puak Dusun di Brunei yang menyebutnya sebagai ‘siram’. Bahan penelitian tertumpu pada siram “Awang Kebuncuan Isi Bukit Parai Amas”. Bahan ini diperolehi melalui metodologi kerja lapangan (fieldwork) yang melibatkan aktiviti rakaman, transkripsi dan terjemahan daripada pencerita yang dipilih, Dayang Sipat Binti Tunggong. Beliau berkedudukan sebagai balian dalam upacara temarok puak Dusun di Brunei. Penelitian ini mempunyai objektif untuk menstruktur unsur naratif siram ini dan untuk memperlihatkan pengisian cerita setiap plot siram ini sejajar dengan pembahagian plot umum cerita lipur lara. Oleh itu, fokus penelitian ini ialah unsur plot sahaja dengan menggunakan pendekatan struktural. Dapatan penelitian memperlihatkan adanya kelainan yang mengisi struktur plot siram ini dan sekali gus mempersoalkan tentang sifat dongeng dan sakralnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-12-27

How to Cite

Haji Jukim, M. B. . (2021). ‘AWANG KEBUNCUAN ISI BUKIT PARAI AMAS’: SIRAM (CERITA LIPUR LARA) PUAK DUSUN DI BRUNEI. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 4(1), 230–258. Retrieved from https://peradaban.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/34281