BUDAYA SERUMPUN DALAM PENGHASILAN KUIH TRADISIONAL MELAYU DI MALAYSIA, INDONESIA DAN THAILAND

Authors

  • Hishamudin Isam Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Muhammad Amir Izzat Abd Aziz Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Abdonloh Khreeda-Oh Prince of Songkla University
  • Jati Widagdo Universitas Islam Nahdlatul Ulama Jepara

Keywords:

Gastronomi, Kuih-Muih Tradisional, Kognitif, Falsafah

Abstract

Pembugaran kajian mengenai Melayu dan rumpunnya wajar diteruskan untuk menjelaskan isu-isu yang dianggap lapok, kabur dan mengelirukan, tetapi tetap menjadi pegangan, di samping meneliti isu yang segar dan jelas, tetapi tidak mendapat dokongan ramai pihak.  Satu daripada pengkajian yang menarik diteliti berkenaan Melayu dan rumpunnya ialah berkaitan bidang gastronomi atau pengkajian mengenai makanan dan kaitannya dengan budaya.  Kajian ini berhasrat untuk pemerihalan pengaruh budaya serumpun dalam penghasilan kuih-muih tradisional Melayu yang terdapat di Malaysia, Indonesia dan Thailand.  Berdasarkan kaedah analisis kualitatif lapangan etnografi terapan, seramai 30 orang responden telah dipilih, dengan 10 orang responden dari setiap negara melalui kaedah snowball.  Hasil penelitian melalui temu bual bersama responden dari ketiga-tiga negara, serta sokongan input tambahan daripada kajian lepas telah memperlihatkan, penyediaan kuih-muih tradisional Melayu di ketiga-tiga negara dihasilkan berdasarkan motivasi yang sangat dekat dengan pensyariatan Islam sebagai asas dan persamaan budaya yang menjadi akar tunjang bangsa.  Prinsip ini diterjemahkan melalui aspek motif, bentuk, fungsi dan falsafah penghasilan kuih-muih tersebut.  Penemuan ini menjadi bukti bahawa warisan budaya kita kaya dengan falsafah yang mendasari setiap tingkah dan perbuatan, dan wajar didokumentasikan sebagai suatu usaha menjaga warisan pengekalan tradisi budaya Melayu sejagat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-12-27

How to Cite

Isam , H. ., Abd Aziz , M. A. I., Khreeda-Oh, A. ., & Widagdo, J. . (2021). BUDAYA SERUMPUN DALAM PENGHASILAN KUIH TRADISIONAL MELAYU DI MALAYSIA, INDONESIA DAN THAILAND. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 4(1), 290–312. Retrieved from https://peradaban.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/34294