GERAKAN ORIENTALISME DI MALAYSIA
Abstract
Orientalisme berasal dari akar kata orient yang bererti timur. Perkataan
ini berasal dari bahasa Perancis yang akhirnya digunakan secara meluas
dalam pelbagai bahasa. Manakala Isme pula berasal dari bahasa
Belanda yang bermaksud suatu fahaman, aliran atau amalan (A.S.
Hornby 1974)
Orientalisme (al-Istisyraq) ialah ilmu Timur atau ilmu yang
berhubung dengan dunia Timur. Perkataan orientalis (mustasyriq)
merujuk kepada setiap orang Barat yang pakar dalam mengkaji ilmu
Timur sama ada kepakarannya itu sudah sampai kemuncak atau
pertengahan, ataupun yang rendah sekali di dalam bidang bahasa,
sastera, tamadun dan agama. Ringkasnya, orientalisme (al-Istisyraq)
adalah kajian-kajian Barat yang berhubung dengan Islam sama ada
dalam bidang bahasa, sastera, sejarah, akidah, syariah dan tamadun
secara umum (Mahmud Hamdi ZaqzuqlgSg l-2).