‘DUKA YANG BERTAKHTA’: ADAB PEMERINTAH DALAM DUA KARYA KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

Main Article Content

Rahimah Hamdan
Arba'ie Sujud

Abstract

Ketidakstabilan politik akibat kemangkatan Sultan Mahmud Syah pada tahun 1812 telah diambil kesempatan oleh British untuk meraih pengaruhnya di selatan Tanah Melayu terutama bagi mendapatkan kuasa perdagangan di Singapura. Kelicikan British mencampuri krisis penobatan sultan berhasil apabila Sultan Hussain Muadzam Syah ditabal sebagai raja Singapura yang pertama. Adalah menjadi adat yang diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu Acheh pada awal abad ke-17 Masihi lagi, kitab Tajus Salatin (Mahkota raja-raja) dijadikan rujukan utama oleh raja-raja Melayu dalam pemerintahan mereka. Sehubungan itu, Sultan Hussain Muadzam Syah tidak terkecuali menjadikan kitab ini sebagai dasar utama dalam pemerintahan. Maka, objektif makalah ini adalah untuk menghuraikan adab raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam kitab Tajus Salatin (Mahkota raja-raja) dan membandingkannya dengan perilaku raja Singapura pertama dalam Inilah Syair Tenku Perabu di Negeri Singapura Adanya. Dengan menggunakan metod analisis teks terhadap kitab Tajus Salatin (Mahkota raja-raja) dan Inilah Syair Tenku Perabu di Negeri Singapura Adanya, kajian ini mengketengahkan adab yang sepatutnya menjadi amalan raja dalam pemerintahan dan seterusnya memperjelaskan punca kejatuhan kerajaan Melayu Singapura akibat ketidakpatuhan kepada konsep adab tersebut. Dapatan kajian mendapati, walaupun Sultan Hussain Muadzam Syah menggunakan sastera ketatanegaraan ini sebagai panduan pemerintahannya, namun adab raja Singapura ini didapati tidak seiring seperti yang tergambar dalam syair. Ini mengakibatkan beralihnya kekuasaan Melayu di kota Singa itu ke tangan kolonial British. Kesimpulannya, seseorang pemimpin perlu memahami tanggungjawabnya sebagai ‘Khalifah Allah swt’ di muka bumi ini agar negara yang diperintah memperoleh keberkatan dan kesejahteraan.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Hamdan, R., & Sujud, A. (2018). ‘DUKA YANG BERTAKHTA’: ADAB PEMERINTAH DALAM DUA KARYA KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 1(1), 233–272. Retrieved from https://peradaban.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/13391
Section
Articles