KOMUNITI EKONOMI ASEAN: MUNGKINKAH MENJADI REALITI?

Main Article Content

Mohamed Aslam

Abstract

Di persidangan ASEAN ke 9 pada 7 Oktober 2003, pemimpin-pemimpin ASEAN telah bersetuju untuk membangunkan Komuniti ASEAN menjelang tahun 2020. Komuniti tersebut melibatkan tiga komponen utama iaitu Komuniti Ekonomi, Komuniti KeseIamatan dan Komuniti Sosial-Budaya. Kertas ini akan menumpukan serta membahaskan mengenai Komuniti Ekonomi ASEAN. Satu persoalan yang penting; adakah Komuniti Ekonomi ASEAN (KEA) akan menjadi kenyataan? ASEAN telah menandatangani sejumlah besar perjanjian dan telah melaksanakan pelbagai kerjasama ekonomi dari segi pembangunan bersama industri tertentu dan meningkatkan intra-perdagangan. Malangnya sebahagian dari kerjasama ekonomi sedemikian gagal sepenuhnya atau gagal mencapai matlamat optimum. Contohnya dalam kes meningkatkan intra-perdagangan ASEAN dengan Skim Perdagangan Keutamaan (PTA) yang mana telah dilaksanakan dalam tahun 1978 telah gagal mencapai objektifnya. Kemudian ianya telah digantikan dengan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) pada tahun 1991. Untuk merealisasikan AFTA pula pelbagai halangan berlaku dan ini telah memperlambatkan AFTA itu direalisasikan. Jika pelbagai masalah dan halangan dalam membangunkan AFTA termasuklah perka ra-perkara lain berkaitan ekonomi berlaku, adakah mungkin para pemimpin ASEAN akan berjaya membangunkan Komuniti Ekonomi ASEAN menjelang tahun 2020. Persoalan inilah yang ingin dikupas dalam artikel ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles