RITUAL PADI KOMUNITI KADAZAN DATARAN PENAMPANG, SABAH

Main Article Content

Hanafi Hussin

Abstract

Artikel ini membincangkan ritual padi komuniti Kadazan Dataran Penampang, Sabah, sebelum kedatangan kuasa penjajahan ke Sabah, penanaman padi merupakan kegiatan utama komuniti Kadazan. Kaedah penanaman yang dijalankan adalah bersifat tradisional dan petani perlu melakukannya dengan pelbagai ritual yang tersusun untuk membolehkan padi tumbuh dengan subur dan mendatangkan hasil yang lumayan serta menjamin kesejahteraan keluarga petani. Ritual melibatkan persembahan kepada pelbagai jenis semangat dalam bentuk sajian makanan, minuman, paluan alat muzik gendang dan gong serta tarian sumazau. Elemen-elemen ini sangat berpengaruh terhadap budaya Kadazan dimana kesemua elemen tersebut menjadi lambang identiti Kadazan Penampang. Namun, perubahan yang mendadak berlaku ke atas tradisi Kadazan ini dengan kemasukan pemerintahan kolonial yang membawa bersama pengaruh baru seperti kepercayaan, agama, pendidikan sekular, teknologi moden dan sistem ekonomi kapitalis. Kesemuanya telah berjaya mentransformasikan komuniti Kadazan Penampang di mana agama baru mula dianuti dan unsur-unsur moden telah diterapkan dalam kehidupan seharian lalu amalan kepercayaan tradisi ditinggalkan

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles