ISLAM DAN DEMOKRASI: CABARAN POLITIK MUSLIM DI INDONESIA

Main Article Content

Mohd Izani Mohd Zain
Hussain Mohamed

Abstract

Hubungan Islam dan demokrasi dapat dilihat dalam konteks penyertaan umat Islam dalam proses demokrasi melalui pilihan raya (democratic process via election). Meskipun demokrasi dikatakan memiliki beberapa prinsip yang bercanggah dengan keunggulan politik Islam, ia tidak menghalang umat Islam yang bergabung dalam sesebuah parti politik atau gerakan untuk menerima proses demokrasi dalam usaha mendapatkan kuasa pemerintahan secara sah. kaedah ini semakin penting kerana demokrasi menawarkan perebutan kuasa secara tertib dengan 'menunggu' mandat daripada rakyat terlebih dahulu sebelum berkuasa, berbanding dengan cara rampasan kuasa atau menggulingkan pemerintahan sedia ada secara kekerasan yang pasti banyak mengorbankan banyak jiwa rakyat yang tidak berdosa. Dalam hal ini, Malaysia dan Indonesia berkongsi pengalaman menarik apabila mula memperkenalkan sistem pilihan raya pada tahun 1955. Artikel ini melihat perkembangan demokrasi dan politik Muslim di kedua-dua buah negara yang meletakkan hubungan tersebut begitu signifikan dalam mewujudkan pembangunan politik yang teratur dan sekaligus menolak kegansan yang boleh mengundang campur tangan pihak luar.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles