Prinsip Hubungan Sosial bagi Menangani Konflik dalam Masyarakat Malaysia Berteraskan Islam

Authors

  • Mohd Anuar Ramli
  • Mohammad Aizat Jamaludin

Abstract

Makalah ini mengandungi perbincangan realiti hubungan sosial dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Dalam perjalanan sejarah yang panjang, ia telah mencatatkan pelbagai konflik antara kaum yang selari dengan konflik antara agama. Berdasarkan tahap hubungan antara kaum yang masih rapuh, pelbagai pendekatan telah dilakukan untuk mengukuhkan perpaduan di antara kaum. Pada masa yang sama, Islam mempunyai beberapa pendekatan yang telah membentuk hubungan yang positif antara kaum dan dalam masa yang sama boleh menganjurkan hubungan damai dengan pengikut agama lain. Pendekatan-pendekatan ini boleh menjana keadaan harmoni antara kaum di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-10-15