Sekapur Sirih
Abstract
Jurnal Peradaban merupakan terbitan tahunan Pusat Dialog Peradaban,
Universiti Malaya. Jurnal ini menyiarkan artikel-artikel yang berfokuskan
pelbagai dimensi peradaban dan merupakan jurnal yang berwasit. Pada
kali ini jurnal peradaban telah Berjaya menghimpunkan sebanyak lima
artikel yang membicarakan tentang i) melestarikan Adat Perpatih dalam
gagasan Satu Malaysia; ii) Dialog Kehidupan dan Penjanaan Modal Insan
Malaysia-Indonesia, iii) Pengaruh Peradaban Islam dalam ms1292 Kitab
TIBB , iv) Analisis Sejarah Terhadap Budaya Melayu dan Cabaran
Globalisasi di Malaysia, v) Ciri-Ciri Kepimpinan Melalui Ungkapan
Melayu Oleh Tenas Effendy dan vi) l-Malaysia Dari Perspektif
Ketamadunan Sebuah Inspirasi Daripada Ibnu Khaldun.
Osman Bakar l-Malaysia Dari Perspektif Ketamadunan Sebuah
Inspirasi Daripada Ibnu Khaldun: menghuraikan konep 1 Malaysia
daripada perpektif Islam yang dikenali sebagai perspektif ketamadunan
dengan membincangkan beberapa idea dalam ilmu ketamadunan
berkaitan dengan gagasan ini yang diinspiraikan oleh pemikiran Ibnu
Khaldun. Penulis telah menyenaraikan empat prinsip asas yang mendasari
teori pembinaan tamadun yang seterusnya membincangkan tiga unsur
yang penting dalam pembinaan tamadun dari segi sumber manusi4
agama dan sumber alam. Pembaca artikel ini pasti akan mengenal pasti
beberapa halangan yang dihadapi untuk membentuk l-Malaysia yang
dilihat daff sudut Ketamadunan daripada Ibnu Khaldun.
Ani Binti Haji Omar melalui artikel 'Adat Perpatih dalam gagasan Satu
Malaysia' telah cuba membincangkan tentang adat yang mementingkan
peraturan hidup bermasyarakat di Negeri Sembilan yang dikenali sebagai
Adat Perpatih. Adat Perpatih merangkumi suatu sistem sosiobudaya
yang kompleks dan lengkap serta murni. Sekiranya diamalkan secara
terurus ia boleh membina masyarakat yang berbudi bahasa, adil, sejahtera
dan bersatu padu sesuai dengan nilai-nilai yang ingin diterapkan dalam
gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, YAB
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Suraya Sintang, Khadijah Binti Mohd Khambali @ Hambali Dan
Nor Adina Binti Abdul Kadir mempersembahkan 'Dialog Kehidupan
Dan Penjanaan Modal Insan Malaysia-Indonesia': Malaysia-Indonesia
mempunyai ciri persamaan dari segi masyarakat beraneka agam4
budaya, bahasa dan rumpun etnik dengan persekitaran iklim yang sama
mewarnai kedua-dua buah negara tersebut. Namun begitu, terdapat
perbezaan dari aspek sistem pentadbiran apabila Perlembagaan Malaysia
mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi tanpa menafikan kebebasan
beragama kepada masyarakat non-Muslim. Sebaliknya, Indonesia
mempraktikkan kebebasan beragama dengan membenarkan semua agama
bebas dianuti dan diamalkan oleh penduduknya tanpa meletakkan
sebarang pengiktirafan secara rasmi kepada satu agama tertentu. Pun
begitu, hubungan antara masyarakat beraneka etnik dan pelbagai anutan
kepercayaan ini terus terjalin baik dan harmoni berasaskan dialog
kehidupan yang dilihat sebagai mekanisme menjana modal insan
yang.mampu berdaya saing. Penulisan ini tidak bermaksud untuk
membuat perbandingan mengenai kebebasan beragama antara kedua-dua
negara. Sebaliknya, memfokuskan inisiatif Muslim di Malaysia dan
Indonesia dan sumbangan mereka dalam aktiviti dialog kehidupan yang
melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat. Bagi memahami
fenomena ini, kajian ini menelusuri beberapa pengalaman dialog
kehidupan yang diadakan oleh agen penggerak dialog sama ada dari
kalangan I/SO mahupun pengalaman orang perseorangan dalam pelbagai
saluran formal mahupun informal. Hasil kajian mendapati dialog
kehidupan di Malaysia-Indonesia berupaya menjana pembangunan modal insan yang bersifat terbuka dan mudah mengakomodasikan diri dengan
pe lbagai persekitaran berbeza.
Roziah Sidik @ Mat Sidek, Azizan Baharuddin dan Rahimin
Affandi Abd Rahim, menunjukkan 'Pengaruh Peradaban Islam Dalam
Mss1292 Kitab Tibb , Mssl292 Kitab Tibb' adalah sebuah manuskrip
yang dimiliki oleh Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara
Malaysia. Seluruh kandungannya berkait dengan perubatan penjagaan
kesihatan orang Melalu. Makalah ini juga ditulis untuk memaparkan
aspek peradaban Islam yang wujud di dalam manuskrip tersebut. Dengan
menggunakan kaedah analisis kandungan kami mendapati manuskrip ini
sarat dengan pengaruh peradaban Islam. Pengaruh itu meliputi
penggunaan wafak berunsur Islam, penggunaan ungkapan, baca-bacaan
dan hukum-hakam yang menunjukkan wujudnya anasir lslam,
penggunaan ayat al-Qur'aan, Sunnah, doa dan kata-kata Sahabat serta
ulama.
Rahimin Affandi Abd. Rahim, Othman Md. Yatim, Zainal Abidin
Borhan dan Badriah Nordin, 'Budaya Melayu Dan Cabaran
Globalisasi Di Malaysia'.Analisis Sejarah: Setiap manusia mempunyai
keupayaan akal membina budaya dan oleh itu manusia adalah satusatunya
makhluk yang berbudaya. Kebudayaan boleh dikatakan sebagai
sistem berinteraksi manusia dengan alam berkaitan dengan nilai,
kepercayaan, perilaku dan artifak. Kemampuan berinteraksi dengan alam
ini yang menjadi satu daripada asas kepada pengetahuan sains. Secara
fitrah, setiap manusia dari pelbagai bangsa apa sekalipun pasti akan
mempunyai keupayaan akal untuk membina budaya dan tamadun yang
tersendiri. Dalam perjalanan sejarah manusia, kebudayaanlah yang
membezakan kelompok-kelompok manusia. Namun demikian, makalah
ini membincangkan budaya Melayu dan cabaran globalisasi di Malaysia.
Perkembangan globalisasi ini menunjukkan bahawa perkara itu bukan
sahaja menyentuh tentang hubungan arrtarapelbagai pelusuk dunia, tetapi
juga berfuiitan dengan penyebaran budaya. Berdasarkan hal tersebut,
makalah ini. dirangka khusus untuk memperlihatkan dampak globalisasi
terhadap budaya Melalu dengan contoh-contoh yang khusus.
Zuraidah Abdullah, Zahir Ahmad dan Ridzma June pula
mempersembahkan'Ciri-Ciri Kepimpinan Melalui Ungkapan Melayu
Oleh Tenas Effendy'. Penulis telah memperlihatkan peranan Ungkapan
Melayu iaitu genre yang masih hidup sehingga kini dijadikan sebagai
bahan kajian kepemimpinan Melayu. Genre ini telah menunjukkan
kebijaksanaan masyarakat Melayu menyusun kata-kata yang penuh
bermakna secara ringkas, padat dan tepat kepada apa yang ingin
dimaksudkan. Penulis ini telah menjadikan genre ini sebagai data kajian
bagi melihat ciri-ciri kepemimpinan Melayu. Kepemimpinan Melayu
adalah menjadi fokus utama bahasan penulis. Pembaca akan dapat
memahami tentang definisi kepimpinan, kedudukan, fungsi, dan
tanggungjawab pemimpin serta sifat pemimpin Melayu dari segi
pemikiran, etika, dan estetika.
Ketua Penyunting