Strategi Membangunkan Peradaban Malaysia: Perspektif Nilai-Nilai Spiritual Pelbagai Tamadun

Authors

  • N. Kathasamy

Abstract

Peradaban perlu secara progresif mendedahkan kapasiti jiwa
ke arah matlamat akhir iaitu menyedari diri sendiri. Jiwa
individu melalui evolusi memperkembangkan kuasa
pancaindera, emosi, minda dan intelek sehingga ke tahap
menemui alam semulajadi sebagai Kesedaran Suci. Oleh itu,
perkembangan peradaban merupakan peradaban kesedaran.
Peradaban manusia memang ada peranan khas. Ia perlu bersifat
aspirasi spiritual di mana kita berusaha menggabungkan
kesedaran universal dengan pengwujudan. Ini bukanlah
kepercayaan agama ataupun sains materialistik. Peradaban
sebenamya bermula dengan kehidupan spiritual dan lazimnya
berdasarkan ajaran yang disampaikan oleh insan-insan yang
disanjung tinggi terutamanya paru cendekiawan yang telah
merealisasi kebenaran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-10-15