Impak kerja pembinaan baru terhadap bangunan sekitar: Kajian keretakan bangunan di Pusat Bandar Puchong, Selangor

Authors

  • Z.M. Noor Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • A.I. Che-Ani Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • M.M. Tahir Universiti Kebangsaan Malaysia
  • N.A.G. Abdullah Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • M. Surat Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.22452/jscp.vol1no1.5

Keywords:

bangunan, impak pembinaan, pemeriksaan visual, retak

Abstract

Kebelakangan ini, terdapat beberapa buah kes aduan tentang impak kerja pembinaan
terhadap fizikal bangunan sekitar dilaporkan dalam akhbar-akhbar tempatan.
Sehubungan itu, kajian dijalankan terhadap sebuah kes aduan yang diterima oleh salah
sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
daripada pemilik-pemilik bangunan di Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong,
Selangor tentang impak kerja pembinaan baru berhampiran terhadap fizikal bangunan
mereka. Hasil kajian mendapati wujud hubung kait antara kerja-kerja pembinaan baru
berhampiran yang dijalankan dengan fizikal bangunan-bangunan kajian terlibat. Walau
bagaimanapun, sama ada impak kerja pembinaan baru tersebut ialah punca primer atau sekunder terhadap keretakan bangunan yang berlaku pada bangunan-bangunan kajian adalah sukar ditentukan. Oleh itu, dicadangkan MPSJ khususnya dan PBT amnya
mewujudkan satu garis panduan di peringkat tempatan iaitu bagi setiap pembinaan baru yang akan dijalankan mestilah dilakukan terlebih dahulu pemeriksaan terhadap keadaan bangunan-bangunan sedia ada di sekitarnya. Laporan keadaan bangunan tersebut dapat diguna pakai sekiranya berlaku dakwaan daripada pemilik-pemilik bangunan sekitar terbabit tentang impak kerja pembinaan baru berhampiran terhadap fizikal bangunan mereka.
Kata kunci: bangunan, impak pembinaan, pemeriksaan visual, retak

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2010-06-25

How to Cite

Noor, Z., Che-Ani, A., Tahir, M., Abdullah, N., & Surat, M. (2010). Impak kerja pembinaan baru terhadap bangunan sekitar: Kajian keretakan bangunan di Pusat Bandar Puchong, Selangor. Journal of Surveying, Construction and Property, 1(1). https://doi.org/10.22452/jscp.vol1no1.5

Issue

Section

Articles