Sekapur Sirih
Abstract
]urnal Peradaban edisi kali ini mengemukakan kepada para
pembaca lima buah makalah yang mengupas pelbagai isu
yang berkaitan dengan peradaban. Engku Ahmad Zaki Engku
Alwi membicarakan fenomena ajaran'sesat di Malaysia yang
menurut beliau berkembang pesat dalam masyarakat negara
ini. Beliau cuba menelusuri ciri-ciri ajaran sesat yang wujud
dalam masyarakat serta bagaimanakah ajaran sesat ini timbul.
Bagi beliau ajaran sesat ini adalah gejala buruk kepada
masyarakat Islam semasa di Malaysia dan usaha yang lebih
terperinci diperlukan bagi membendung permasalahan ini.
Persoalan ajaran sesat sepatutnya diambil perhatian secara
serius oleh pihak-pihak yang berwajibbagi mengelakkan lebih
ramai umat Islam terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.
Ratna Roshida Ab Razak dart Aiza Maslan @ Baharudin
pula mengemukakan kegemilangan aktiviti penterjemahan
dalam peradaban Islam sebagai manifestasi umat berilmu.
Aktiviti penterjemahan dalam peradaban Islam telah bermula
seawal Kerajaan Bani Umayyah dan diteruskan oleh Kerajaan
Bani Abassiyyah sebelum disambung oleh Kerajaan Islam di
Andalusia. Aktiviti penterjemahan ini juga menjadi ciri-ciri
utama bagi Kerajaan Islam di Kepulauan Melayu. Aktiviti
penterjemahan ini bukan sahaja memberi kesan yang besar
dalam kehidupan beragama masyarakat Melayu tetapi juga
merubah corak pemikiran dan pandangan hidup umat Melayu
melalui budaya ilmu yang terhasil dari aktiviti penterjemahan
tersebut.
$ohd Syariefudin Abdullah membentangkan
perbindingan antara peradaban Islam dan Jepun dari sudut
kepercayaan beragama. Beliau memulakan perbincangan
dengan menjelaskan faham agama dan kepercayaan dari
sudut definisi dan klasifikasi. Seterusnya beliau menghuraikan
faham kepercayaan Islam dan faham kepercayaan Jepun.
Beliau membuat kesimpulan bahawa peradaban Islam dan Iepm mempunyai asas kekuatan masing-masing dan keduadua
peradaban ini pernah mencapai kegemilangan masingmasing.
Kegemilangan ini menurut beliau disebabkan oleh
pengaruh kepercayaan dan agama masing-masing yang
mendorong kepada kekuatan dan pembinaan tamadun Islam
dan Jepun tersebut.
Jaafar Jambi dalam makalah beliau "Tamadun AwaI
Jepun: Orang Wa Perintis Pembinaan dan Peradaban Negara
Bangsa Yamato" mengupas asal-usul pembentukan bangsa
dan negara jepun. Beliau menghuraikan secara terperinci
pembentukan bangsa dan negara Jepun yang juga dikenali
sebagai Nihon atau Nippon selain dari Yamato yang lebih
awal. Pelbagai dimensi perkembangan bangsa dan negara
Jepun telah dihuraikan seperti soal budaya, bahasa, adat,
tulisan, undang-undang, institusi sosial, falsafah dan etika
mereka. Dibicarakan juga pembentukan bangsa dan negara
Jepun yang dibantu oleh perhubungan dengan bangsa dan
negara Kotea dan China. Menerusi kedua-dua negara inilah
bangsa dan negara Jepun mengambil banyak elemen-elemen
kehidupan yang penfing untuk rnempertingkatkan peradaban
Jepun itu sendiri. Berdasarkan kupasan penulis dari sejak awal
lagi bangsa dan negara Jepun telah memiliki pelbagai elemen
untuk memenuhi ciri-ciri menjadi sebuah negara yang
mempunyai peradaban yang hebat.
Nurdeng Deuraseh mengemukakan proses transfor-masi
amalan perubatan tradisional Melayu dari perspektif rukyah.
Rukyah atau jampi daiam bahasa Melayu merupakan satu
bentuk rawatan tradisional menggunakan doa dan bacaan al-
Qur'an dan al-Hadith. Bermula dari rawatan yang berteraskan
kepada pernikiran dan pandangan hidup Hindu-Buddha ia
telah melalui proses "islamisasi" safu transformasi kepada
pemikiran dan pandangan hidup Islam berpandukan al-
Qur'an dan al-Sunnah. Kepada pengarang ini merupakan satu
proses yang revolusioner kerana perubahan radikal dari
pemikiran dan pandangan hidup Hindu-Buddha kepada
pemikirafi dan pandangan hidup Islam melalui pengguna-an
istilah-istilah Islam menggantikan istilah-istilah Hindu-
Buddha. Istilah-istilah seperti Allah, Ya Rabb, ya llahi,
malaikat rasul, Muhammad adalah antara istilah-istilah baru yang diperkenalkan dalam transformasi dan Islamisasi
iawitan tradisional Melayu. Kesemua perbicaraan dalam
makalah-makalah Jurnal Peradaban kali ini diharap akan
dapat menambah lagi ilmu pengetahuan Para pembaca yang
budiman terhadap karya-karya dalam bidang kajian dan
dialog peradaban ini.
Sidang Editor.