PARADIGMA WASAT TYAH DAN DIALOG PERADABAN : SATUANALISIS
Abstract
Kajian ini akan cuba menggunakan paradigma wasatiyyah bagi menilai
sikap penganut Islam semasa terhadap disiplin dailog peradaban. Secara
mudahnya, paradigma adalah satu setproposisi (rancangan usulan) yang
menerangkan bagaimana dunia harus difahami. Ia berisikan sebuah
pandangan dunia (world-view), suatu cara untuk memecahkan
permasalahan kehidupan dunia, yang memberitahu seseorang ilmuan
tentang apa yang penting, apa yang sah dan apa yang bersesuaian
dengan logik.l Dalam konteks ini, prinsip wasatiyyah Islam akan
dijadikan sebagai paradigma utama bagi menilai fokus kajian yang
membabitkan isu dailog peradaban. Ianya bakal menumpukan perhatian
terhadap sikap dan kecenderungan penganut Islam dalam isu kewujudan
dan penilaian tamadun lain, khususnya tamadun barat. Hal ini boleh
dikatakan sebagai agak penting sekali, kerana prinsip wasatiyyah ini
sering dilupakan, dan pemakaiannya terhad kepada aspek pemahaman
Islam semata-mata tanpa dilanjutkan kepada aspek aplikasi. Aspek
aplikasi ini akan cuba menganalisis sikap penganut Islam berasaskan
kepada prinsip wasatiyyah ini. Maklumat lanjut tentang sikap penganut
Islam dalam isu dailog peradaban akan diperolihi melalui pemakaian
kaedah content analysis (analisis kandungan)2 terhadap kesemua karya
yang dihasilkan oleh golongan yang terbabit.