AL-QURAN SEBAGAI SUMBER PEMBANGUNAN TAMADUN BERDASARKAN PERSPEKTIF IBN KIIALDUN DALAM MENDEPANI CABARAN SEMASA

Authors

  • Suhaila Abdullah
  • Mohd Sukki Othman

Abstract

Perkataan 'al-Quran'berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud
'bacaan' atau'himpunan'. Walau bagaimanapun, sebahagian ulama
termasuklah Imam al-Shafie berpendapat bahawa istilah 'al-Quran' itu
tidak diambil dari mana-manaperkataan lain, akan tetapi iamerupakan
nama khas bagi KitabAllah sebagaimana kitab-kitab wahyu yang lain
seperti Taurat, Zabnr dan Inj il (al-Sayuti, 1 95 1 ).
Al-Qur'an telah didefinisikan sebagai "kalamAllah yang mempunyai
mukjizat yang diturunkan kepada nabi Muhammad s..a.w', dengan
perantaraan Jibril a.s., ia ditulis dalam mushaf dan dipindahkan kepada
kita secara mutawatir serta pembacaannya dikira sebagai ibadah.
Dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-NAs"
(Al-'Ab0ni, 1985:8).
Muhammad Sa"id Ramadhan al-B0ti ketika mentakrifkan al-
Qur'an, telah menyatakan bahawa al-Quran ialah "perkataan Arab
yang mempunyai mukji zat,telahdiwahyukan kepada nabi Muhammad
s.a.w., membacanya dikira ibadah dan sampai kepada kita dengan jalan
mutawatir" (A1-B0t?, t.t.: 25).

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-10-15