Pendekatan Pluralisme dalam Pengajian Islam: Satu Pengenalan
Abstract
Kertas kerja ringkas ini akan cuba untuk menyorot dan
menganalisa pendekatan pluralisme (keterbukaan di dalam
perbezaan) yang terdapat di dalam institusi pendidikan Islam.
Hal ini dibuat bersesuaian dengan usaha unfuk menerapkan
pendekatan pluralisme ini di dalam proses reformasi
pendidikan Islam, yang diharapkan bakal melahirkan lulusan
pengajian Islam yang kompeten dengan kehendak pasaran kerja
dan keperluan masyarakat semasa. Untuk mencapai fujuan ini,
kajian akan lebih ditumpukan kepada beberapa perkara yang
utama; (i) analisis kritikal terhadap realiti pendekatan pluralism
yang kedapatan di dalam pengajian Islam, (ii) rasionaliti
kepentingan pendekatan pluralisme ini diterapkan di dalam
pengajian Islam dan (iii) mekanisme utama yang difikirkan
boleh digunakan untuk menerapkan pendekatan pluralisme ini.