Sekapur Sirih

Authors

  • Amrah Muhammad

Abstract

Jilid Kedua Jumal Peradaban tgrbitan Pusat Dialog Peradaban universiti
Malaya yang berada ditatapan pembaca menghimpunkan lima makalah
yang menekuni pelbagai dimensi peradaban. Antara dimensi peradaban
yang diteliti dalam makalah-makalah tersebut termasuklah (l) sorotan
dari al-Qur'an mengenai pembangunan tamadun dari perspektif Ibn
Khaldun; (2) perkembangan, peranan, cabaran dan kesinambungan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dalam konteks negara Malaysia;
(3) sejarah gerakan Orientalisme di Malaysia; (4) jaringan tarikat-tarikat
di Malaysia dan Indonesia; dan (5) cadangan paradigma wasatiyyah
dan dialog peradaban dari perspektif Islam.
Suhaila Abdullah dan Mohd Sukki Othman melalui makalah'Al-
Qura'an sebagai Sumber Pembangunan Tamadun berdasarkan
Perspektif Ibn Khaldun dalam Mendepani Cabaran Semasa' cuba
mengungkap idea dan pemikiran Ibn Khaldun bagi menghadapi cabaran
kehidupan kontemporari. Pemakalah berkesimpulan bahawa dari idea
dan pemikiran Ibn Khaldun ternyata bahawa penghayatan isi-kandungan
al-Qur'an dan pegangan agama yang mantap adalah faktor penting
dalam menentukan keutuhan dan kesinambungan tamadun juga dalam
menghadapi cabaran kontemporari.
Profesor Shaharir Mohd Zain mempersembahkan' B ahasa Mel ayu
Bahasa Ilmu: Telah, Lani dan Kelak'sebagai satu kajian penuh teliti
dari pelbagai sudut berkaitan dengan kedudukan dan peranan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Tanah terbitnya bahasa itu sendiri.
Beliau memulakan perbahasan dengan mengemukan senario bahasabahasa
ibunda dalam konteks dunia kontemporari khususnya apayang
disebut bahaSa negara-negara maju. Beliau membuktikan bahawa
bahasa negara-negara maju secara majoriti adalah bahasa ibunda
masing-masing. Beliau seterusnya menghuraikan secafa terperinci
sejarah perkembangan Bahasa Melayu dari Abad Pertama Masihi sehinggalah ke Abad ke l3 sekaligus menunjukkan betapa Bahasa
Melayu telah lama bertapak sebagai linguafranca ilmiah masyarakat
sebelah sini. Pemakalah kemudiannya menyorot perkembangan dan
cabaran yang dilalui oleh Bahasa Melayu dalam memastikan martabat
sebagai Bahasa Ilmiah juga Bahasa Janapada terus terjamin dan
dipertahankan.
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi melalui makalah 'Gerakan
Orientalisme di Malaysia' menelusuri pengaruhpemikiran dari gerakan
Orientalisme seawal penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris yang
menimpa Tanah Melayu. Pemakalah memulakan bicara dengan
mendefinisikan Orientalisme khususnya dari penjelasan sarjana Timur
Tengah. Dikemukakan juga karya-karya Orientalisme dikalangan
pegawai-pegawai penjajah di Tanah Melayu.
Abdul Manam Mohamad dalam makalah 'Jaringan Penguruan
Tarikat Malaysia-Indonesia: Satu Tinjauan Terhadap Hubungan Tokoh-
Tokoh Tarikat Indonesia dalam Perkembangan Tarikat di Malaysia'
menghuraikan perhubungan erat yang berterusan antara generasi
pengasas-pengasas tarikat Indonesia dan Malaysia. Pemakalah
menyorot peranan tokoh-tokoh utama dalam proses perhubungan dan
kesinambungan tarikat tersebut yang masih wujud sehingga ke hari ini.
Akhir sekali, Rahimin Affandi Abd. Rahim dan Mohd Kamil Abdul
Majid dengan makalah 'Paradigma Wasatiyyah dan Dialog Peradaban:
Satu Analisis'mengutarakan satu perspektif Islam dalam menjayakan
inisiatif dialog peradaban. Diawal makalah mereka, pemakalah
memperkenalkan konsep dan faham wasatiyyah dalam Islam.
Kemudiannya mereka menghuraikan peranan wasatiyyah sebagai asas
pemahaman dan penghayatan Islam. Persoalan wasatiyyah sebagai
asas kajian keilmuan Islam turut menjadi perhatian pemakalah. Akhirnya
pemakalah memperincikan sikap penganut Islam terhadap Dialog
Peradaban berdasarkan analisis paradigma wasatiyyah merujuk kepada
dua bentuk penerimaan iaitu i) golongan liberalis-sekularis dan ii)
golongan konservatisme dan fundamentalis melampau.
Amrah Muhammad PhD
Timbalan Pengarah
Pusat Dialog Peradaban

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-10-15

Issue

Section

Sekapur Sirih