Sastera sebagai Wadah Intelektual: Satu Analisis Teks Terhadap Novel Sutan Baginda Karya Shahnon Ahmad

Authors

  • Mohd. Zariat Abdul Rani

Abstract

Sutan Baginda (seterusnya SB) yang dicetak untuk terbitan
pertamanyapadatahun 1989, merupakan novel hasil nukilan
Shahnon Ahmad (seterusnya Shahnon) ya^g ke 13. Novel
setebal 115 halaman ini kemudiannya diulang cetak sebanyak
tiga kali (1989, L99L &,1997), dengan rekaan kulit novel, kualiti
kertas dan cetakan yang bermutu. Penampilan luaran ini
dikukuhkan lagi dengan nama serta reputasi penerbitnya,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (seterusnya DBP)
yang sedia terkenal sebagai badan penerbitan yang berwibawa
khususnya dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu.
Dapat dikatakan bahawa penampilan yang sedemikian banyak
dimungkinkan oleh nama dan kedudukan Shahnon, yang pada
ketika SB diterbitkan telah sedia dikenali sebagai seorang
penulis yang prolifik dan memenangi beberapa anugerah
sastera, termasuklah Anugerah Sastera Negara pada tahun 1982
(anugerah sastera tertinggi di Malaysia) yang menyandangkan
ke bahu Shahnon gelaran berprestij "Sasterawan Negara".
Dengan nama dan kedudukan yang sedemikian, tidak hairanlah
jika kehadiran SB di persada kesusasteraan Melayu dengan
mudah menarik perhatian yang luas serta berterusan dalam
kalangan khalayak dan pengkaji sastera, dan dianggap sebagai
antara "novel penting" Shahnon.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-10-15