Peranan Dialog Peradaban di dalam Wacana "Tamadun Malaysia"

Authors

  • Azizan Baharudin

Abstract

Di peringkat globaI, dialog telah menjadi penting setelah
berlakunya beberapa peristiwa bersejarah yang di antaranya
termasuklah teori 'Clash of Ciailisation', Samuel Huntington
sekitar 1996 yang ada hubungan dengan berakhimya Perang
dingin di antara US dan Russia serta robohnya tembok Berlin.
Ketika itu ada pihak yang merasakan Amerika mungkin
menghadapi ancaman'musuh' yang baru dikenal pasti sebagai
berasal dari tamadun-tamadun seperti tamadun Islam dan Cina
(the green and yellow peril).lni di tambah lagi dengan peristiwaperistiwa
tragis seperti peristiwa September LL yang begitu
masyhur itu dan juga situasi global dimanapelbagai masyaraka
di merata tempat telah menjadi bertambah berbilang kaum,
kepercayaan dan tamadun

Rata-rata telah diterima bahawa hari ini dialog yang
membuahkan persefahaman merupakan prasyarat pembinaan
hubungan yang saksama antara pelbagai peradaban. Dialog
memungkinkan perbezaan dan persamaan diperjelaskan dan
dihormati. Namun suatu perkara yang amat kritikal di dalam
dialog ialah setiap pihak yang berdialog perlulah memahami
diri dan golonganya terlebih dahulu di dalam semua dimensi
yang ingin didialogkan dengan sebaik-baiknya. Dengan lain
perkataan wujud adab (etiquette) maht pun etika berdialog.

Di Malaysia dialog peradaban amat perlu bukan hanya
sebagai wahana dasar tamadun Malaysia boleh disepakati mahu
pun dihayati, malahan apa yang lebih penting lagi bagi
kesinambungan tamadun Malaysia keseluruhannya demi
membina tapak atau asas nilai spiritual yang kukuh untuk
memastikan pembangunan dan kemajuan material yangbegitu
pantas berlaku, tidak meminggirkan keperluan'pembangunan
insan' yang merupakan tujuan akhir segala pembangunan
material-fizikal tersebut.
Budaya dialog amatperlu disuburkandalam konteks negara
kita untuk memperkukuhkan jalinan perpaduan negara dan
integrasi nasional yang menupakan kunci kelangsungan dan
kemapanan negara seperti yang kita fahami hari ini.
Walaupun secara umumnya, kita bertuah di Malaysia
kerana tidak mengalami konflik perkauman atau konflik
ideologi yang membimbangkan, namun beberapa peristiwa
yang boleh dianggap serius seperli konflik kampung Medan
mengingatkan kita bahawa mendasari hubungan baik antara
budaya adalah juga isu keadilan sosial dan ekonomi. Di dalam
konteks inilah saya kira amat penting isu nilai-nilai teras
tamadun diberi perhatian untuk memastikan keadilan ekonomi
bagi mereka yang mungkin tercicir atau dilihat seolah-olah
dicicirkan.
Di dalam makalah ini seterusnya kita akan memberi
tumpuan kepada soal memperdalamkan apresiasi kita tentang
soal 'peradaban' itu sendiri, apakah dialog sebenarnya dan
apakah faktor-faktor yang berkaitan dengan kegagalan
mahupun kejayaannya; situasi dialog di Malaysia serta peranan
negara di persada global dan akhirnya peranan dialog di dalam
proses pemartabatan bangsa atau umat melalui pemartabatan
unsur-unsur teras tamadun di dalam negara Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-10-15