Takdir Alisyahbina dan Pemikiran Kebudayaan

Authors

  • Abdul Hadi W. M.

Abstract

Hampir selama tiga dasawarsa yang lalu wacana kecendekiawanan Indonesia jarang sekali menghadirkan
pemikiran serius tentang kebudayaan. Ini sangat berbeza dengan dua dasawarsa sebelumnya tidak lama pasca
kemerdekaan. Kemungkinan besar faktor penyebabnya ialah terlalu besamya perhatian diberikan terhadap masalah-masalah berkenaan dengan pembangunan ekonomi dan sosial politik, yang terus berlanjut hingga berakhirnya kekuasaan orde baru pada tahun 1998. Dalam tempoh yang cukup lama itu, yang ditandai oleh
banyaknya krisis yang menimpa bangsa Indonesia, termasuk krisis nilai dan moral, masalah-masalah kebudayaan yang menggugat sistem nilai dan pandangan hidup bangsa, nyaris dilupakan. Sekalipun dipersoalkan pada umumnya sejauh terkait dengan masalah sosial politik, dan lebih kerap disorot
dari sudut pandang ilmu-ilmu sosial dan antropologi. Sedangkan disiplin yang sebenarnya lebih berkepentingan seperti ilmu-ilmu sastra, sejarah kebudayaan dan falsafah kurang diberi tempat.
Sutan Takdir Alisyahban a (L908 -1994) adalah s alah seorang  cendikiawan Indonesia yang paling besar perhatiannya terhadap masalah-masalah kebudayaan. Ia seorang sastrawan, ahli bahasa, falsafah dan ilmu sosial. Disiplin ilmu yang dikuasainya itu sangat besar pengaruhnya terhadap pemikirannya tentang kebudayaan. Oleh kerana latar belakang ilmu yang dikuasainya itu berbeza dari kebanyakan ahli sosiologi dan antropologi serta sejarawan, maka tidak menghairankan apabila pemikiran kebudayaannya memiliki
corak tersendiri yang unik. Pemikiran Sutan Takdir Alisyahbana yang akan dibahas dalam makalah ini terutama sebagaimana dikemukakan dalam bukunya Values as Integrating Forces in Personality, Society and
Culture (L966, L974).Isi yang dikandung buku merupakan perluasan dari panangan-pandangan kebudayaannya yang telah dikemukakan sejak Polemik Kebudayaan 1935-L94L hingga awal L960an. Sehingga penerbitan kedua bukunya itu Sutan Takdir Alisyahbana memikirkan kebudayaan dari rangka falsafah Barat semata-mata, dan kurang memperhitungkan Islam. Baru dalam dasawarsa t980an beliau menghadirkan pemikiran yang muncul dalam tradisi intelektual Islam, khususnya pemikiran Ibn Rusyd dan Muhammad lqbal.
Makalah ini akan mencuba membahas segi-segi khusus pemikiran kebudayaan Sutan Takdir Alisyahbana terutama yang berkaitan dengan nilai-nilai sebagaimana disarankan dalam judulbukunya itu. Tetapi sebelumnya akan dikemukakan pengertian kebudayaan yang telah berkembang hingga awal
abad ke-20 M, khususnya dalam tradisi intelektual Islam dan Barat. Pada bahagian akhir makalah ini akan dikemukakan perbandingan pdmikiran Sutan Takdir Alisyahbana dengan Yukichi F ukazaw a, ahli pengajian peradaban Jepun yan g hidup pada pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20 M, yang pemikirannya mempengaruhi arah modenisme jepun dalam berbagai lapangan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-10-15