Sekapur Sirih

Authors

  • Osman Bakar

Abstract

Dengan terbitnya keluaran suhtngJurnal Peradaban ini maka satu lagi kejayaan telah dicatatkan oleh Pusat Dialog Peradaban (PDP), Universiti Malaya sejak ia tertubuh pada tahun 1996. PDP sudah pun menerbitkan sebuah jurnal ilmiah berjudul Katha. Sehingga lurnal Peradaban diterbitkan pada tahun 2008 jurnal Katha bersifat dwi-bahasa dengan memuatkan makalahmakalah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu/Bahasa Malaysia. Kini PDP memutuskan untuk menjadikan Kntha jumal berbahasa Inggeris sepenuhnya manakala lurnal Peradaban hanya memuatkan makalah dalam bahasa Melayu/Bahasa Malaysia. Penerbitan lurnal Peradaban boleh dikira amatbererti dalam banyak segi.  Pertamanya, jumal ini merupakan satu-satunya jurnal dalam bahasa Melayu yang tertumpu kepada isu-isu ketamadunan dalam pengertiannyayang luas. Malahan dalam bahasa-bahasa lain pun termasuk bahasa Inggeris jumlah jumal yang menumpukan perhatian kepada isu-isu ketamadunan boleh dibilang dengan jari. Antara sebab utamanya ini berlaku ialah kecuaian masyarakat ilmiah terhadap ilmu dan isu-isu ketamadunan. Bukan di Malaysia sahaja bidang pengajian ketamadunan diabaikan, malah di serata dunia. Keduanya, menerusi jurnal berbahasa Melayu ini bukan sahaja wacana tentang ilmu dan isu ketamadunan boleh disemarakkan di kaiangan mereka yang kurang menguasai bahasa Inggeris tetapi juga peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah dapat diperluaskan dan dipertingkatkan. Bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia tidak boleh beryeranan dengan berkesan di p"-"1t-p,"lut pengajian tinggi tanah air dan sesungguhnya tidak lo-leh dibanggakan selagi peranan bahasa Melayu lebagai bahasa ilmiah dan intelektual tidak diperkukuhkan menerusi aktiviti-aktiviti kesarjanaan yang bermutu tinggi. Ketiganya, jurnal ini menyediakan satu forum yang baik untuk ahli-ahli akademik tanah air, khususnya yang mengajar kursus TITAS (Tamadun Islam dan Tamadun Asia) di pusatpusat pengajian tinggi untuk menerbitkan hasil penyelidikan dan pengajaran mereka. Sebenarnya ada ramai ahti akademik yang berminat dengan bidang ilmu ketamadunan tetapi minat dan bakat mereka tidak terarah ke matlamat kesarjanaan yang jelas lagi membangun lantaran ketiadaan forum ilmiah seumpama itu. Oleh itu adalah diharapkan agar kursus TITAS dapat dimantapkan lagi dengan adanya semangat dan iltizam baru para pengajarnya yangboleh dicetuskan oleh wacan ayiltg terkandung dalam jurnal ini. Kita berharap semoga lurnit inl mendapat sambutan baik daripada para pengajar kursus TITAS. Kebetulan pula PDP kini diamanahkan untuk meniadi penyeleras dan sekretariat kursus TTTAS bagi semua IPTA. Keempatnya, sejak kebelakangan ini semakin banyak diperkatakan tentang peradaban Malaysia. Adalah harapan kita agar isu-isu ketamadun Malaysia kontemporari dan maJa depan akan dapat diperbahaskan seluas-luasnyi dan juga semendaiam yang mungkin dalam suasana ilmiah yang hening tanpa prejudis dan emosi demi kebaikan masyarakat dan negara Malaysia.

- Bagi pihak Pengarah dan staf PDP saya ingin menyatakan kesyukuran fihat kami kepada Allah swt kerana berpeluang untuk berkhidmat kepada Universiti MaLaya, muryarukat dan negara Malaysia menerusi penerbitan jurnal ini dan gengembangan ilmu ketamadunan yang diperjuangkannya. Kepad a Allah jua kita memohon pertolonga nlW a b ihi- n as t a, in) .


Osman Bakar, PhD
Profesor Emeritus/Ketua Editor

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-10-01

Issue

Section

Sekapur Sirih