Teknologi dan Strategi Peperangan Orang Minang

Authors

  • Muhamad Shafiq Mohd Ali

DOI:

https://doi.org/10.22452/PERADABAN.vol8no1.4

Keywords:

Minang, etnoteknologi, strategi perang, Perang Minang-Belanda, Perang Padri

Abstract

Makalah ini ialah hasil pengumpulan tulisan dan catatan daripada pihak Belanda termasuk pegawai tentera Belanda, Hendricks, tentang pengalaman mereka bertempur, berperang dan bertahan daripada serangan pejuang Minang dalam perang Minang-Belanda dan Perang Padri pada abad ke-19. Catatan itu ialah mengenai teknologi pembuatan senapang Minang yang tersendiri yang mulanya dipelajari daripada daripada Turki dan China. Teknologi senapang mereka hanya ketinggalan beberapa tahun sahaja berbanding senapang daripada Eropah. Selain itu catatan itu juga menyatakan orang Minang begitu bijak untuk menggunakan kelebihan alam semula jadi sebagai benteng pertahanan mereka melawan musuh. Alam sekitarnya yang berbukit, lembah dan kawasan berbatu membolehkan mereka menyusun strategi peperangan yang tidak dapat dibayangkan oleh pihak Belanda. Persiapan mereka membina benteng selama beberapa tahun terutamanya benteng buluh duri begitu sukar untuk ditembusi. Teknik dan taktik peperangan mereka berbeza dengan kaum lain seperti Jawa. Mereka tidak menyerang musuh secara melulu tetapi hanya menunggu di belakang benteng dan menyerang secara mengejut. Hanya sesekali sahaja mereka akan menyerang dahulu itupun jika mereka yakin bahawa serangan itu akan membuahkan hasil yang baik. Pihak Belanda terpaksa melakukan penyelidikan, pemerhatian dan beberapa percubaan untuk berjaya menawan kawasan atau daerah yang telah dikuasai oleh pejuang Minang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2015-12-01