Penilaian Abang Yusuf Puteh Terhadap Budaya Kepimpinan Melayu Sarawak, 1970-1996

Authors

  • Awg Kasmurie Awg Kitot
  • Arba'iyah Mohd Noor
  • Suffian Mansor

DOI:

https://doi.org/10.22452/PERADABAN.vol8no1.3

Keywords:

Budaya kepimpinan, Melayu Sarawak, Abang Yusuf Puteh, gaya kepimpinan

Abstract

Abang Yusuf Puteh pernah menjadi wakil rakyat dalam tempoh satu penggal bermula pada tahun 1987 sehingga 1991. Selain itu, beliau juga pernah bertugas dalam perkhidmatan awam negeri untuk dua zaman pentadbiran yang berbeza, iaitu semasa pentadbiran Koloni Briton (1959-1963) dan setelah pembentukan Malaysia (1963-1985). Pengalaman sepanjang menjalankan tugas-tugas tersebut, telah memberi ruang dan membekalkan maklumat yang berharga kepada beliau untuk menilai budaya kepimpinan dalam kalangan pemimpin Melayu Sarawak dari peringkat kampung sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Pengalaman ini juga telah memberi peluang kepada beliau untuk memperincikan sikap dan corak pentadbiran pemimpin-pemimpin Melayu Sarawak. Kajian berlandaskan tiga buah karya Abang Yusof: The Malay Mind, River of Dry Tears dan Malay Politics & Perabangan; dan sumber daripada akhbar Sarawak Tribune. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan budaya kepimpinan dalam kalangan pemimpin Melayu Sarawak dari perspektif pemikiran Abang Yusuf Puteh. Hasil kajian ini mendapati bahawa budaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin Melayu di Sarawak ternyata tergelincir daripada budaya dan ciri-ciri kepimpinan yang dituntut untuk kemakmuran rakyat. Sikap, cara dan corak kepimpinan mereka secara langsung tidak membantu dalam memajukan masyarakat Melayu di Sarawak malah menonjolkan ketidakjujuran dan sikap mementingkan kebendaan. Budaya kepimpinan yang pincang ini menjadi pemangkin kepada ‘ondor rarat’ yang seterusnya telah mengakibatkan kemajuan sukar dicapai sehingga kemiskinan terus mewarnai kehidupan masyarakat Melayu Sarawak. Kritikan Abang Yusuf Puteh terhadap budaya kepimpinan Melayu Sarawak, memberikan sumbangan ke arah perubahan dan pembentukan budaya kepimpinan yang positif demi kemajuan rakyat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2015-12-01