Descartes dan Kerasionalan Kewujudan Di Dalam "A Discourse on the Method"

Authors

  • Fauzi Naeim Mohamed

DOI:

https://doi.org/10.22452/PERADABAN.vol9no1.5

Abstract

René Descartes (1596-1650) dalam bukunya bertajuk, terjemahan Inggerisnya, A Discourse on the Method (1637), atau dalam bahasa Melayu nanti, Sebuah Wacana Tentang Kaedah/Metode, melakukan satu refleksi radikal apabila cuba membuktikan kewujudan Tuhan berasaskan ketajaman aqal semata-mata. Buku ini tidaklah tebal – cuma mengandungi 6 Bab – dan asalnya ditulis dalam Perancis dengan judul Discours de la méthode pour bien conduire sa raison, et chercher la vérité dans les sciences (Discourse on the Method of Rightly Conducting One's Reason and of Seeking Truth in the Sciences tetapi dipendekkan oleh penterjemah Inggeris sebagai A Discourse on the Method sahaja). Hujahannya amat berpengaruh lagi berkontroversi; hujahnya itu bukan sahaja pencetus bagi revolusi rasional moden tetapi dikritik hebat oleh kumpulan skolastik Kristian, oleh kumpulan yang dipengaruhi oleh Aristoteles dan pemikir Yunani (Helena/Greek) lain. Di dalam sejarah falsafah Barat, Descartes sering ‘dibangunkan’ dalam penulisan, ‘dihujahkan’ dan ‘dimatikan’ terus-menerus sepanjang zaman. Beliau diraikan sebagai pemula kepada hujah rasional, sebagai Bapa Falsafah Moden dan pencetus kepada Zaman Pencerahan di Eropah pada lewat kurun ke-17. Walaupun begitu, pada 1643, falsafah Cartesian (nama am bagi mazhab pemikiran Descartes) dikutuk secara besar-besaran dengan penuh rasminya oleh Universiti Utrecht. Pada 1663, karyanya diharamkan dan diselitkan ke dalam Index of Forbidden Books (Indeks Buku Terlarang) oleh Roman Inquisition.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-07-24