Konsep Tabii Manusia Menurut Pandangan Jean-Jacques Rousseau: Suatu Analisis dari Sudut Moral
DOI:
https://doi.org/10.22452/PERADABAN.vol9no1.4Keywords:
ketaksamaan; tabii manusia; moral; RousseauAbstract
Dalam susastera Barat, tabii manusia adalah sebuah konsep yang terus dibahaskan sehingga kini. Perbahasan tiada titik penamatnya akibat daripada disiplin keilmuan Barat yang menolak terus agama (al-tawhid). Terdapat pelbagai pandangan tentang tabii manusia, masing-masing dengan aliran pemikiran yang tersendiri, iaitu antara aliran-aliran pemikiran yang utama ialah emperisisme, rasionalisme dan intuisisme. Makalah ini secara khususnya akan membahas, menganalisis, dan membuat kritikan ke atas konsep tabii manusia Jean-Jacques Rousseau (yang hidup dalam tahun 1712-1778). Secara khususnya, tulisan ini akan menghuraikan perspektif Rousseau tentang hakikat manusia, kepentingannya kepada isu keterlestarian (sustainability) dan bagaimana kemajuan boleh berlaku tetapi tidak mengubah diri insan. Seterusnya tulisan ini juga akan memperlihat pandangan Rousseau mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memelihara tabii manusia. Rousseau berpandangan bahawa tabii manusia yang pada asalnya adalah ciptaan Tuhan telah mengalami perubahan akibat pengaruh persekitaran dan kemajuan materialisme. Penulis mendapati terdapat enam (6) perkara menurut Rousseau yang harus dilakukan untuk memelihara tabii manusia dan mengupas setiap satunya.