Analisis Jenis Bahasa Masyarakat India Muslim di Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.22452/PERADABAN.vol9no1.3Abstract
Makalah ini membincangkan identiti masyarakat India Muslim di Malaysia yang memfokuskan kepada bahasa pertuturan yang digunakan oleh mereka. Matlamat (Objektif) pertama adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis bahasa masyarakat India Muslim sama ada di India dan di Malaysia. Matlamat kedua ialah menghubungkaitkan jenis-jenis bahasa tersebut dengan sejarah kedatangan mereka ke Tanah Melayu, tumpuan petempatan semasa berdasarkan kelompok bahasa dan masalah-masalah berkaitan bahasa di antara mereka. Kajian ini menggunakan tatakaedah kualitatif dengan menggunakan kaedah (metode) seperti pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Kajian mendapati, terdapat dua kelompok utama dalam masyarakat India Muslim di Malaysia, iaitu mereka yang berbahasa Tamil dan berbahasa Malayalam. Mereka yang berbahasa Tamil datang dari wilayah Tamil Nadu, manakala Malayalam datang dari wilayah Kerala. Dari segi tumpuan petempatan, masyarakat Tamil Muslim kebanyakannya berpusat di Kuala Lumpur, manakala masyarakat Malayali atau Malabari Muslim berpusat di Johor.