Kosmologi Malayonesia yang Terungkap dalam Bahasa Melayu

Authors

  • Shaharir Mohamad Zain

Abstract

Unsur-unsur kosmologi orang-orang peribumi atau natif Asia Tenggara yang dijenamakan semula sebagai Malayonesia diperoleh daripada karya-karya sarjananya dalam bahasa Melayu. Kosmologi berkenaan itu dikategorikan sebagai hambawanisme, sejenis bentuk kepatuhan dan kesetiaan kepada kuasawan yang mengatasi feudalisme; kepercayaan kepada alam dan perkara ghaib berbentuk sinkretisme animisme-Hindu-Buddha-Islam yang diistilahkan sebagai arupaisme; kepercayaan kepada kuasa ghaib dan mistik menerusi amalan khusus yang dikenali sebagai kebatinan; kepercayaan kepada ramalan kehidupan dan untung-nasib berasaskan masa, ruang, dan pelbagai kehadiran tanda peribadi, rupa-watak dan haiwan yang diistilahkan sebagai tenungisme, kepercayaan kepada tafsiran atau taabiran mimpi lalu distilahkan sebagai mimpisme, kepercayaan alam berpusatkan Bumi dan alam semesta berpustakan Meru atau Jabal Qaf lalu masing-masingnay disitilahkan Bumipusatisme, Merupusatisme dan Jabalqafpusatisme, kepercayaan kejadian setiap makhuk menerusi tilik mahabbat Allah SAW lalau diistilahkan sebagai tilik-mahabbatisme, kepercayaan kejadiaan manusia pertama ialah Nabi Adam dan adanya ribuan semacam Adam sebelum Nabi Adam yang dicipta Tuhan secara bergantan lalu diistilahkan sebagai Adamisme; kepercayaan kepada kuasa ghaib dan mistiknya bilangan lalu distilahkan bilanganisme, kepercayaan kepada dua ajaran dan sebagainya serentak dan setengahnya digabungjalinan menjadi suatu ajaran yang baharu lalu masing-masingnya distilahkan sebagai dualisme dan sinkretisme; kepercayaan kepada keistimewaan bermetafora lalu diistilahkan sebagai metaforaisme; kepercayaan kepada sebab-musabab yang tidak pasti dan amat dipengaruhi oleh budi lalu diistilahkan sebagai mogamogisme dan budisme; dan berkehidupan yang menghayati beberapa sifat yng dimanifestasikan menerusi banyaknya peribahasa (lebih drp 20 peribahasa) berkenaan dengannya (yang menunjukkan perihatinnya mereka terhadap sifat-sifat itu) iaitu marah diikuti oleh miskin, berpakat, susah, malu, sia-sia, sombong, nasib/tuah, cinta/kasih/sayang, bodoh, degil, patuh/setia, tak peka/peduli, lemah dan bermuka-muka/munafik yang hampir semuanya disebabkan dukungan hambawanisme mereka dan lain-lain doktrin kosmologi di atas.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2016-11-30