Warisan Budaya Pemikiran dalam Peribahasa Melayu

Authors

  • Ahmad Fuad Mat Hassan

DOI:

https://doi.org/10.22452/PERADABAN.vol9no1.2

Keywords:

Warisan Budaya, Pemikiran, Peribahasa Melayu

Abstract

“Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas†merupakan peribahasa yang membuktikan bahawa
peribahasa Melayu sememangnya layak dijadikan warisan budaya pemikiran masyarakat
Melayu. Secara sedar ataupun tidak, peribahasa Melayu yang telah diungkapkan oleh
masyarakat Melayu lama dahulu berjaya merungkai pelbagai persoalan yang mendasari tindakan
manusia dalam kehidupan sosial. Pemaparan peribahasa ini menonjolkan akal budi masyarakat
Melayu lama yang sangat terikat dengan adat istiadat, struktur sosial masyarakat Melayu, sikap,
lapangan kehidupan serta falsafah hidup yang dianuti. Justeru kertas kerja ini akan mengenal
pasti dan membincangkan warisan budaya pemikiran dalam peribahasa dari aspek sosiobudaya,
sosioekonomi dan sosiopolitik. Data kajian dikumpul dan dipilih daripada teks peribahasa
Melayu seterusnya dianalisis menggunakan hipotesis Sapir Whorf (1921). Daripada 5359
peribahasa yang dikaji, didapati 74.5% peribahasa membincangkan warisan budaya pemikiran
dari aspek sosiobudaya, 17.7% dari aspek sosiekonomi dan 7.8% dari aspek sosiopolitik.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa peribahasa yang mengandung budaya pemikiran masyarakat
Melayu lama dahulu menentukan jalan fikiran penuturnya. Keberhubungan antara peribahasa dan
budaya bermasyarakat ini menggambarkan pemikiran masyarakat Melayu dalam semua aspek
kehidupan lahiriah dan batiniah yang seharusya dijaga dan dipulihara seterusnya diwarisi untuk
generasi yang akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2016-11-30