Analisis Legitimasi Campur Tangan Kemanusiaan: Sorotan Terhadap Prinsip-Prinsip Asas Undang-Undang Antarabangsa

Authors

  • Muhammad Fahmi Md Ramzan Universiti Malaya
  • Mohamad Zaidi Abdul Rahman Universiti Malaya
  • Nurfarhana Mohd Daud Universiti Teknologi MARA (UiTM)

DOI:

https://doi.org/10.22452/PERADABAN.vol15no1.2

Keywords:

kemanusiaan, hak asasi manusia, undang-undang antarabangsa, Piagam PBB

Abstract

Abstract
This article discusses the legitimacy of humanitarian intervention as an international doctrine that has often provoked debate among international legal thinkers. It is a controversial concept in international relations because considered violated the basic provisions and principles of international law enshrined in the Charter of the United Nations (UN), namely the principle of sovereignty, the principle of non-intervention and the principle of non-use of force. However, the results of the analysis found that humanitarian intervention is in fact not contrary to those basic principles and even has a strong enough legitimacy to be implement. Thus, this article attempts to reveal and refute the arguments put forward by critics regarding the legitimacy of humanitarian intervention by bringing a qualitative descriptive analysis along with textual interpretation to evaluate and interpret the relevant legal text in detail. 

Abstrak
Artikel ini membahaskan tentang legitimasi campur tangan kemanusiaan sebagai suatu doktrin antarabangsa yang seringkali menimbulkan perdebatan hangat di kalangan para pemikir undang-undang antarabangsa. Ia merupakan suatu konsep yang kontroversi dalam hubungan antarabangsa kerana dianggap melanggar ketentuan dan prinsip-prinsip asas undang-undang antarabangsa yang telah termaktub di dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bngsa Bersatu (PBB), iaitu prinsip kedaulatan, prinsip tidak campur tangan dan prinsip tidak menggunakan kekerasan. Namun, hasil analisis mendapati bahawa campur tangan kemanusiaan hakikatnya tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip asas tersebut bahkan memiliki legitimasi yang cukup kuat untuk dilaksanakan. Dengan demikian, artikel ini cuba merungkai sekaligus membidas hujah yang dikemukakan oleh para pengkritik berhubung aspek legitimasi campur tangan kemanusiaan dengan membawakan analisis secara deskriptif kualitatif berserta interpretasi tekstual untuk menilai dan menafsirkan teks perundangan yang berkaitan secara terperinci. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-31