Kesedaran Beragama Masyarakat Kundasang dan Ranau Kesan daripada Bencana Gempa Bumi

Authors

  • Suraya Sintang 0198801607
  • Assis Kamu
  • Fatimah Sudirman

DOI:

https://doi.org/10.22452/DOI:%20https://doi.org/10.22452/PERADABAN.vol13no1.2

Keywords:

bencana, gempa bumi, kesedaran agama, posogit

Abstract

On June 5,2015, the people of Sabah were tested in the aftermath of an earthquake in the Ranau area. The catastrophic damage to the environment, property and life has left a deep impression on the people of Ranau and Kundasang. The 5.9 magnitude earthquake was also felt in the surrounding areas namely Kota Kinabalu, Kota Belud, Kudat and Telupid. The Islamic perspectives explain that this disaster is a condition of the Qada’ and the Qadar of God to mankind. To understand the relationship between religion and disaster, this study was conducted to find out the religious awareness of Muslims in Kundansang and Ranau in the aftermath of the earthquake in 2015. Religious awareness is measured through local community attitudes in the participation of Posogit ceremonies and their religious practices. Data collection using quantitative and qualitative methods around Kundasang and Ranau has been conducted by distributing questionnaires and interviews with the key informants from religious and community learders to obtain information on religious commitment and awareness among Muslim communities after the earthquake. Statistical analysis using cross-tabulated tables with Pearson’s chi-square test was performed to examine the relationship between respondents’ demographic backgrounds, age groups and their attitudes and practices toward Posogit ceremonies. The results show that age is related to attitudes and practices of the belief in animism, the Posogit ceremony. Religious awareness is at a moderate level and is initially considered to be hidh but slowly decrease over the years. Religious awareness contributes to personal resilience and inner strength in the face of stress after the earthquake.

 

Abstrak

 

Pada 5 Jun 2015 yang lalu, rakyat Sabah telah diuji dengan satu bencana gempa bumi yang berlaku di daerah Ranau. Bencana yang mengakibatkan banyak kemusnahan alam sekitar, harta benda dan nyawa ini meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap penduduk Ranau dan Kundasang. Gegaran dengan skala richter 5.9 ini turut dirasai di daerah sekitar iaitu Kota Kinabalu, Kota Belud, Kudat dan Telupid. Perspektif Islam menjelaskan bahawa bencana atau musibah ini adalah ketentuan Qadha’ dan Qadar Tuhan kepada manusia. Bagi memahami kaitan antara agama dan bencana, maka kajian ini dijalankan untuk mengetahui kesedaran beragama masyarakat Muslim di Kundasang dan Ranau kesan daripada kejadian gempa bumi yang berlaku pada tahun 2015. Kesedaran beragama diukur melalui sikap masyarakat setempat dalam penyertaan upacara Posogit dan tindakan amalan beragama yang mereka lakukan selepas kejadian gempa bumi. Pengumpulan data menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif di sekitar Kundasang dan Ranau dengan mengedarkan soal-selidik dan wawancara maklumawan (informan) kekunci dari kalangan pemimpin agama dan pemimpin masyarakat bagi mendapatkan maklumat tentang komitmen dan kesedaran beragama dalam kalangan masyarakat Muslim selepas kejadian gempa bumi. Analisis statistik melalui jadualan silang dengan ujian khi kuasa dua Pearson telah dilakukan bagi melihat hubung kait antara latar belakang demografi penyahut (responden) iaitu kumpulan umur dengan sikap dan amalan mereka terhadap upacara Posogit. Hasil kajian menunjukkan bahawa umur mempunyai perkaitan dengan sikap dan amalan terhadap kepercayaan animisme iaitu upacara Posogit. Kesedaran beragama berada pada tahap sederhana dan disifatkan pada mulanya tinggi namun lama kelamaan semakin longgar. Kajian terhadap kesedaran beragama berupaya menyumbang kepada ketahanan diri dan kekuatan dalaman dalam menghadapi tekanan selepas bencana gempa bumi. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-01-05