Perhiasan Pending: Analisis Perbandingan Reka Bentuk Pending Melayu Dan Baba Nyonya

Authors

  • Hayati Mohamad Zawawi Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
  • Sabzali Musa Kahn Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya
  • Raja Suriaty Raja Ahmed Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya

DOI:

https://doi.org/10.22452/PERADABAN.vol12no1.2

Keywords:

pending, Melayu, Baba Nyonya, reka bentuk, identiti

Abstract

Buckle is a cultural object or a cultural product that symbolises the identity of a nation. Many countries in South East Asia such as Malaysia, Indonesia and Thailand use buckle as a personal decorative accessory for their traditional wear. In Malaysia, it is used by the Malays, Baba Nyonyas, Indians and Ibans. We examine the design features of the Malay and Baba Nyonya buckle collection at the Department of Museums Malaysia. This study uses qualitative methods. Seven factors are studied to find similarities and differences in the buckle design of the Malays and the Baba Nyonyas. The result of this analysis shows that there are similarities and differences in the buckle design of the Malays and the Baba Nyonyas. The visible similarity is that both buckle collections have the same basic function and structure. The selection of traditional Chinese motifs such as animals and figures reflect the identity of the Baba Nyonya. The Malay buckle utilises more floral motifs as well as calligraphy motifs, fauna motifs and geometric motifs to design their patterns. The comparative feature found on the design of both collections has highlighted the buckle identity of the Malays and the Baba Nyonyas.

 

Pending merupakan objek budaya kebendaan atau produk budaya yang melambangkan identiti sesebuah bangsa. Kebanyakan negara di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand menggunakan pending sebagai aksesori perhiasan diri untuk busana tradisi mereka. Di Malaysia, perhiasan diri ini digunakan oleh masyarakat Melayu, Baba Nyonya, India dan Iban. Kami mengkaji ciri perbandingan reka bentuk yang terdapat pada koleksi pending Melayu dan Baba Nyonya di Jabatan Muzium Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Tujuh faktor dikaji untuk mencari persamaan dan perbezaan pada reka bentuk pending Melayu dan Baba Nyonya. Hasil daripada analisis yang dijalankan menunjukkan terdapat persamaan dan perbezaan pada reka bentuk pending Melayu dan Baba Nyonya. Persamaan yang dapat dilihat ialah kedua-dua koleksi pending mempunyai fungsi dan struktur asas yang sama. Perbezaan paling jelas adalah motif yang dipilih sebagai reka corak atau seni hias pada permukaan pending. Pemilihan motif tradisi Cina seperti haiwan dan figura mencerminkan identiti Baba Nyonya. Manakala pending Melayu lebih banyak menggunakan motif berunsurkan flora selain motif kaligrafi, motif fauna dan motif geometri untuk reka coraknya. Ciri perbandingan yang ditemui pada reka bentuk kedua-dua koleksi telah menonjolkan identiti pending Melayu dan Baba Nyonya.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-12-04