Peradaban Dan Teologi Barat Menurut Pendeta Za’ba

Authors

  • Muhamad Hanapi Jamaludin Majlis Belia Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.22452/PERADABAN.vol11no1.2

Keywords:

Teologi, falsafah, barat, pandangan alam

Abstract

Kajian mengenai Pendeta Za’ba tidak jarang ditemui dalam wacana ilmiah tetapi tumpuan para sarjana mengenai beliau lebih diarah kepada sumbangan dalam bidang bahasa, ekonomi, politik, persuratan dan kesusasteraan. Sarjana melihat Za’ba sebagai seorang yang faham selok belok agama Kristian dan Islam. Justeru, makalah ini membincangkan pandangan beliau dalam soal teologi dan falsafah masyarakat barat berbanding dengan Islam. Tumpuan makalah ini ialah meninjau pandangan beliau tentang sikap masyarakat barat terhadap agama dan kehidupannya. Sikap yang terdiri daripada keyakinan mereka terhadap Tuhan, pergantungan dan penyerahan diri terhadap kuasa luar tabii dan keyakinan terhadap hari kemudian (akhirat). Turut disentuh ialah falsafah yang mendasar kemajuan di barat terutama dalam aspek pendidikan dan pembangunan. Za’ba meraikan barat pada perkara yang membawa kepada pembangunan jasmani, tetapi mewaspadai dan mengkritik sikap mereka terhadap persoalan prinsip kehidupan. Beliau menganggap jenama rohaniah masyarakat barat penuh dengan kerosakan dan perlu ditangani melalui jalan memperkasakan ilmu-ilmu Islam sebagai tapak dan mendalami ilmu-ilmu moden lainnya dalam usaha mempercayai kemajuan yang lebih bermakna.

Studies about Pendeta Za'ba are frequently found in intellectual discourses, but the focus of the scholars are more directed towards his contributions in the field of language, economy, politics, writing, and literature. The scholars view Za'ba as a person who understood the ins and outs of Christian and Islam. Hence, this paper discusses his views on theology and philosophy of western society compared to Islam. The focus of this paper is to examine his views on the attitude of western society towards religion and their life. These attitudes consist of their belief in God, dependence and submission to the divine power and belief in the hereafter. Also reviewed is the philosophy that laid the foundation for advancement in the west especially in the areas of education and development. Za'ba celebrated the views of the west on matters that led to physical development but was cautious and critical of their attitude towards the question of the principle of life. He considered the Western society’s brand of spirituality to be full of destruction and needed to be addressed by way of empowering Islamic knowledge as the foundation and exploring in depth other modern sciences in efforts to believe in more meaningful progress and advancement.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-12-31