Ucapan Kontroversi “Anti-Semitik,” 2003: Pendirian Sebenar Tun Dr Mahathir

Authors

  • Aszlan Selamat University of Malaya
  • Shakila Yacob University of Malaya

DOI:

https://doi.org/10.22452/PERADABAN.vol11no1.4

Keywords:

Kata Kunci: Ucapan Kontroversi, Anti-Semitik, Pendirian sebenar Dr Mahathir, Keywords: Controversial, Anti-Semitic Speech, Dr. Mahathir's true stand point

Abstract

Sekitar bulan Oktober 2003, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah menyampaikan ucapan pembukaan sempena Persidangan OIC yang diadakan di Kuala Lumpur. Ucapan Tun Dr Mahathir menjadi kontroversi selepas media membuat liputan dan mendakwa ucapan tersebut sebagai anti-Semitik. Ucapan itu menyebabkan wujud dua kelompok dalam kalangan kebanyakan pemimpin negara iaitu yang mengkritik dan menyokong. Dalam kekalutan yang berlaku, pendirian sebenar Tun Dr Mahathir dipersoalkan sama ada beliau merupakan seorang yang anti-Semitik, anti-Yahudi, anti-Israel atau hanya sekadar anti-Zionis.  Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti pendirian sebenar Tun Dr Mahathir berdasarkan ucapan beliau sama ada benar-benar anti-Semitik sepertimana yang disuarakan oleh kebanyakan pemimpin dan media Barat. Melalui analisis sejarah, penulisan ini menggunakan data primer dan sekunder yang diperoleh melalui kaedah temu bual, keratan surat khabar, ucapan, majalah, buku dan artikel dalam jurnal. Berdasarkan analisis yang dilakukan, didapati Tun Dr Mahathir bukan seorang yang anti-Semitik dan anti-Yahudi tetapi lebih kepada mengkritik ketidakadilan dan penindasan yang dilakukan oleh orang Yahudi. Ini termasuklah pihak Zionis dan kelompok Yahudi yang berpengaruh di Amerika Syarikat. Tun Dr Mahathir sendiri mengaku beliau mempunyai ramai rakan yang berbangsa Yahudi dan memuji kejayaan bangsa Yahudi yang patut dicontohi oleh umat Islam.

In October 2003, Tun Dr Mahathir presented his opening remarks in conjunction with the OIC Conference held in Kuala Lumpur. The speech became controversial after the media coverage claimed the speech as anti-Semitic. National leaders worldwide split into two camps in response to the speech – they either criticise or support it. Tun Dr Mahathir stance was questioned whether he is an anti-Semitic, anti-Jew, anti-Israel or just anti-Zionist. This article aims to identify Tun Dr Mahathir's true standpoint based on his speech whether he is an anti-Semitic as voiced by most of the western leaders and media. This paper employs the historical analysis approach by using primary and secondary data obtained through interviews, newspaper excerpts, speeches, magazines, books, and journal articles. Based on the analysis, it is concluded that Tun Dr Mahathir was not an anti-Semitic and anti-Jewish, but instead, he was criticising the injustice and oppression act of the Jews. These include Zionist and influential Jewish groups in the United States. This is evidenced by Tun Dr Mahathir admission that he has many Jewish friends and his acknowledgement of the Jewish people accomplishment that could be a source of emulation by Muslims. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-12-31