PENGALAMAN MEWARISI PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN SENI KASUT MANIK BABA NYONYA: PANDANGAN MELALUI SEJARAH LISAN

Authors

  • Sohaimi Zakaria
  • Norzahira Ramli
  • Nurul Syafiqah Nor Azmi

DOI:

https://doi.org/10.22452/PERADABAN.vol10no1.1

Keywords:

Pengurusan pengetahuan, Warisan seni negara, Sejarah lisan, Maszni Abdul Aziz, Budaya Baba Nyonya, Kasut manik, Melaka

Abstract

Mengikut tafsiran Jabatan Warisan Negara, seni yang melibatkan manik diklasifikasikan sebagai Warisan Tidak Ketara di bawah kategori Seni Halus.  Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah sejarah lisan bertujuan meneroka pengalaman dan kemahiran pembuatan kasut manik Baba Nyonya melalui temubual dengan seorang usahawan, Puan Maszni Abdul Aziz. Kajian ini menghasilkan catatan pengalaman peribadi Maszni berkecimpung dalam perusahaan kasut manik dari kacamatanya sendiri.  Aspek motivasi, kekreatifan, keusahawanan serta cabaran yang dihadapi telah dikupas melalui kajian ini.  Diharap kajian ini dapat menyumbang ke arah memperbanyakkan dokumentasi warisan pengetahuan dan khazanah seni turun-temurun negara yang boleh disimpan dan terus dihidupkan sebagai rujukan masa hadapan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-12-28