Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) https://peradaban.um.edu.my/index.php/JPM
Jurnal Pengajian Melayu or the Journal of Malay Studies (JOMAS) (e-ISSN: 2735-1904 & ISSN: 1823-7622) is published biannually in April and October by the Academy of Malay Studies, Universiti Malaya. (Previously published annually until 2021, Jurnal Pengajian Melayu (Journal of Malay Studies, JOMAS) recently started to publish biannually). The journal publishes original articles based on professional policies, practices and progress in the field of Malay studies. The journal accepts articles and book reviews both in Malay and English on topics pertaining to the Malay world. The journal aims to provide a forum for communication among experts and professionals to introduce new thoughts, concepts, theories and systems. This journal uses double-blind review, which means that both the reviewer’s and author’s identities are concealed from each other and vice versa, throughout the review process.

Jurnal Pengajian Melayu atau Journal of Malay Studies (JOMAS) (e-ISSN: 2735-1904 & ISSN: 1823-7622) diterbitkan dua kali setahun pada April dan Oktober oleh Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. (Sebelum ini diterbitkan satu kali setahun sehingga 2021 dan kini mula diterbitkan dua kali setahun). Jurnal ini menerbitkan artikel asal berbentuk dasar profesional, amalan dan kemajuan dalam bidang Pengajian Melayu. Jurnal ini menerima artikel dan ulasan buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris berkaitan dengan Alam Melayu. Jurnal ini menyediakan forum untuk komunikasi dalam kalangan pakar dan profesional bagi memperkenalkan pemikiran baharu, konsep, teori dan sistem. Jurnal ini menggunakan semakan setara dua pihak, iaitu identiti penilai dan penulis dirahsiakan antara satu sama lain dan begitu juga sebaliknya sepanjang proses penilaian dilakukan.

en-US jomas@um.edu.my (Dr. Nurul Haniza Samsudin) jomas@um.edu.my (Dr. Nur Azimah Mohd Bukhari) Wed, 30 Apr 2025 00:00:00 +0800 OJS 3.3.0.6 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 VARIASI FONETIK DAN FUNGSI WACANA PERKATAAN BAHARU: ANALISIS MORFOFONEMIK DAN STILISTIK DALAM BAHASA MELAYU https://peradaban.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/60813
Pengguguran bunyi geseran glotal /h/ dalam perkataan baharu yang menghasilkan bentuk baru lazim diperhatikan dalam bahasa Melayu. Geseran fonetik dalam baharu ini menimbulkan cabaran kefahaman, terutamanya bagi penutur asing yang mempelajari bahasa Melayu. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis variasi morfofonemik dan fungsi stilistik perkataan baharu, dengan memberi tumpuan khusus kepada peranannya dalam wacana bahasa Melayu kontemporari. Analisis stilistik dan morfofonemik ini menggunakan data teks daripada media arus perdana berbahasa Melayu seperti Berita Harian, Astro Awani, Harian Metro, Malaysia Gazette, Sinar Harian, dan Utusan Online. Analisis ini mengenal pasti beberapa fungsi bagi baru dan variasinya. Pertama, baru berfungsi sebagai kata bantu aspek. Kedua, bentuk penggandaan baru-baru ini berperanan sebagai penanda masa adverba, yang ditafsirkan dalam kajian ini sebagai penanda wacana yang muncul daripada struktur wacana yang kompleks. Ketiga, baru boleh mengintegrasikan semula bunyi /h/ menjadi baharu, yang bertindak sebagai penanda wacana operasional untuk memperkukuh komunikasi. Selain itu, kajian ini turut meneliti penggunaan baharulah sebagai alat retorik dalam pertuturan formal, yang memperlihatkan bagaimana rangkaian morfem baharu-baru-baharulah mencerminkan perubahan morfofonemik dari semasa ke semasa. Variasi morfofonemik dan peranan wacana ini menunjukkan bagaimana baru dan terbitannya mengekalkan kerelevanan fungsional serta menyesuaikan diri dengan pelbagai konteks komunikasi dalam bahasa Melayu. Pemahaman terhadap perubahan ini membantu penyelidikan mengenai geseran fonetik dan menyediakan pendekatan sistematik dalam pembangunan perbendaharaan kata untuk pengajaran bahasa Melayu, sekali gus menyokong strategi pembelajaran yang berkesan untuk penutur asli dan bukan penutur asli. Kajian lanjutan boleh meneliti bagaimana perubahan fonetik atau morfofonemik yang serupa mempengaruhi perkataan lain yang sering digunakan dalam bahasa Melayu serta kesannya terhadap pemerolehan penanda wacana dalam konteks linguistik yang lebih luas.

ABSTRACT

The omission of the glottal fricative sound /h/ in the word baharu (new), resulting in the form baru, is commonly observed in Malay. This phonetic friction in baharu poses comprehension challenges, especially for foreign learners of Malay. This study aims to analyze the morphophonemic variation and stylistic function of the word baharu, particularly focusing on its discourse roles in contemporary Malay usage. A stylistic and morphophonemic analysis used textual data from major Malay-language news outlets such as Berita Harian, Astro Awani, Harian Metro, Malaysia Gazette, Sinar Harian, and Utusan Online. The analysis identifies several functions of baru and its variants. First, baru serves as an aspectual auxiliary. Second, its reduplicated form baru-baru ini acts as an adverbial time marker, interpreted here as a discourse marker emerging from complex discourse structures. Third, baru may reintegrate the /h/ to form baharu, serving as an operational discourse marker that enhances communication. Additionally, the study examines baharulah as a rhetorical device used in formal speech, illustrating how the morpheme string baharu-baru-baharulah reflects morphophonemic changes over time. These morphophonemic variations and discourse roles demonstrate how baru and its derivatives maintain their functional relevance and adapt to different communicative contexts in Malay. Understanding these shifts aids phonetic attrition research and provides a systematic approach to vocabulary development in Malay language education, supporting effective learning strategies for native and non-native speakers. Further studies could explore how similar phonetic or morphophonemic changes affect other commonly used Malay words and how these influence learners’ acquisition of discourse markers in broader linguistic contexts.
Jyh Wee Sew Copyright (c) 2025 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) https://peradaban.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/60813 Wed, 30 Apr 2025 00:00:00 +0800 MENELUSURI AKAR PERADABAN MELAYU DALAM KEPIMPINAN ABDULLAH BADAWI: HUBUNGAN DUA HALA MALAYSIA – CHINA https://peradaban.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/60814
Abstract

This article analyzes Abdullah Ahmad Badawi's leadership in Malaysia's foreign policy towards China through a pragmatic diplomatic approach grounded in Malay civilizational values. The study argues that while Abdullah maintained the continuity of close bilateral ties initiated by Mahathir Mohamad, he also introduced a new approach that was more moderate, harmonious, and reflective of Malay characteristics, emphasizing consultation (musyawarah) and balance in policy decision-making. Accordingly, this study adopts a qualitative approach through a combination of literature review and semi-structured interviews to examine the implementation of Abdullah’s foreign policy across three levels of analysis commonly used in the field of international relations: international, domestic, and individual. The findings indicate that Abdullah’s leadership succeeded in strengthening Malaysia–China bilateral relations not only in economic terms, but also in socio-cultural and security dimensions. His initiatives through platforms such as the East Asia Summit and the promotion of the global halal industry demonstrated Malaysia’s commitment to building stronger regional synergy with China. Furthermore, the study reveals that Abdullah’s modest personality, and his background rooted in Malay civilizational values served as a crucial foundation in shaping a more credible and stable diplomatic posture at the regional level. This study contributes to the discourse on the importance of local cultural elements in shaping the foreign policy of small states and reinforces the significance of leadership personality in international relations. The implications of the study provide deeper insight into how traditional values can be strategically embedded within the increasingly complex international political environment. Future research is recommended to compare Abdullah’s diplomatic approach with that of his successors, particularly in the post–Belt and Road Initiative context and in the evolving dynamics of ASEAN–China relations.

Abstrak

Artikel ini menganalisis kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi dalam dasar luar Malaysia terhadap China melalui pendekatan diplomasi pragmatik yang berasaskan nilai peradaban Melayu. Kajian menghujahkan bahawa walaupun Abdullah meneruskan kesinambungan hubungan erat yang dirintis oleh Mahathir Mohamad, beliau turut membawa pendekatan baharu yang lebih sederhana, harmoni dan mencerminkan keperibadian Melayu yang menekankan musyawarah serta keseimbangan dalam membuat keputusan sesebuah dasar. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif melalui analisis kajian kepustakaan serta temu bual separa berstruktur dalam meneliti pelaksanaan dasar luar Abdullah berdasarkan tiga peringkat korpus ilmu hubungan antarabangsa, iaitu di peringkat antarabangsa, domestik dan individu. Hasil kajian menunjukkan kepimpinan Abdullah berjaya memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-China, bukan hanya daripada sudut ekonomi, tetapi juga dalam aspek sosio budaya dan keselamatan. Inisiatif beliau menerusi platform seperti East Asia Summit dan promosi industri halal global telah membuktikan komitmen Malaysia dalam membina sinergi serantau yang lebih kukuh bersama-sama dengan China. Selain itu, keperibadian Abdullah yang sederhana dan latar belakangnya yang berakar umbi dalam nilai peradaban Melayu menjadi asas penting dalam membentuk corak diplomasi yang lebih dipercayai dan stabil di peringkat serantau. Kajian ini menyumbang kepada wacana mengenai pentingnya elemen budaya tempatan dalam membentuk dasar luar negara kecil serta memperkukuh peranan keperibadian pemimpin dalam hubungan antarabangsa. Implikasi kajian ini membuka ruang kepada pemahaman yang lebih mendalam mengenai nilai tradisi yang dimanifestasikan secara strategik dalam suasana politik antarabangsa yang semakin kompleks. Kajian lanjutan dicadangkan untuk membandingkan pendekatan diplomatik Abdullah dengan pemimpin selepas era beliau, khususnya dalam konteks pasca Belt and Road Initiative serta evolusi hubungan ASEAN-China.

Mohamad Ikhram Mohamad Ridzuan, Dg Junaidah Awang Jambol, Diana Peters Copyright (c) 2025 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) https://peradaban.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/60814 Wed, 30 Apr 2025 00:00:00 +0800 KEBIJAKSANAAN ADAB MELAYU DALAM HIKAYAT HANG TUAH: KERIS SEBAGAI CERMINAN MASYARAKAT BERILMU https://peradaban.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/60817
ABSTRAK

Keris merupakan simbol atau cerminan budaya yang amat signifikan kepada masyarakat di Alam Melayu. Keris tidak hanya dilihat sebagai senjata, tetapi sebagai alat yang mengandungi nilai simbolik dan spiritual yang mendalam. Namun, wujud unsur mistik yang sering dikaitkan dengan keris sehingga menyebabkan perspektif negatif sinonim dengan warisan budaya ini. Persoalannya, adakah cerminan keris menurut masyarakat Melayu tradisional? Apakah wujud kaitan antara adab dan ilmu dalam penggunaan keris? Kajian-kajian lalu telah  menimbulkan jurang ilmu yang ketara terutamanya dalam mengangkat keris sebagai cerminan budaya masyarakat yang beradab dan berilmu. Hal ini menjustifikasikan kajian ini dilakukan dengan dua objektif kajian, iaitu untuk menganalisis kebijaksanaan adab menerusi penggunaan keris dalam Hikayat Hang Tuah dan untuk merumuskan keris sebagai cerminan masyarakat berilmu dalam karya tersebut. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah analisis teks terhadap karya magnum opus Hikayat Hang Tuah. Pendekatan yang dipilih adalah konsep kebijaksanaan adab oleh Muhd Norizam Jamian dan Zubir Idris (2019) berasaskan kerangka pemikiran adab oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Kajian ini memfokuskan kepada unsur-unsur kebijaksanaan adab, terutamanya aspek ilmu yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keris bukan sahaja berfungsi sebagai senjata, tetapi mencerminkan penguasaan ilmu dan kebijaksanaan adab oleh masyarakat Melayu, khususnya dalam konteks keperibadian Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu tersohor. Kajian ini memberikan justifikasi pentingnya kefahaman yang lebih mendalam tentang keris yang bertanggungjawab membentuk adab, pemikiran dan budaya masyarakat Melayu. Kajian ini dapat menyumbang kepada pemahaman peranan keris sebagai senjata yang signifikan khususnya ke arah pembentukan  generasi muda yang berkualiti.

ABSTRACT

The keris holds deep cultural significance in the Malay world. It is not merely a weapon but a symbol laden with profound spiritual and cultural values. Unfortunately, its association with mysticism has often overshadowed its true meaning, leading to negative perceptions of this cultural heritage. This raises important questions: how does the keris reflect the worldview of traditional Malay society? Is there a connection between etiquette (adab) and knowledge in the use of the keris? Previous studies have left a significant gap in understanding the keris as a reflection of a cultured and enlightened society. This study aims to address this gap by pursuing two objectives: to analyze the wisdom of adab through the keris in Hikayat Hang Tuah and to establish its role as a symbol of an enlightened society in the text. The methodology involves textual analysis of the magnum opus Hikayat Hang Tuah, employing the concept of adab wisdom as articulated by Muhd Norizam Jamian and Zubir Idris (2019) and grounded in Syed Muhammad Naquib Al-Attas’s framework on adab. The study focuses on elements of adab wisdom, particularly the aspect of knowledge, as depicted in Hikayat Hang Tuah. Findings reveal that the keris is not merely a weapon but a representation of intellectual mastery and ethical wisdom. Within the narrative, it emerges as a symbol of strength—physical, moral, and intellectual—embodied by Hang Tuah, the celebrated Malay warrior. This study underscores the importance of understanding the keris beyond its mysticism, highlighting its role in shaping Malay thought, culture, and adab. Ultimately, it contributes to inspiring a deeper appreciation for the keris as a cultural legacy, particularly in cultivating a generation that values knowledge and wisdom.

Muzaffar Mohd Zafri, Rahimah Hamdan, Arba’ie Sujud, Abdul Mua’ti @ Zamri AHMAD Copyright (c) 2025 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) https://peradaban.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/60817 Wed, 30 Apr 2025 00:00:00 +0800 A LITERATURE REVIEW OF THEORIES ON CHILD SPEECH AND LANGUAGE DEVELOPMENT FOR DESIGNING A SCREENING TOOL https://peradaban.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/60818
ABSTRAK

Screening for speech and language delays in children is not new and has been done for a decade. Currently, abundant validated speech and language delay screening tools are available in multiple languages in every part of the world. However, society and cultures heavily influence speech and language; therefore, a validated screening tool may only be appropriate for people with similar backgrounds, cultures, and norms. We reviewed multiple theories about speech and language areas in preschool children to formulate a conceptual framework for developing a new speech and language delay screening tool appropriate for use in Malaysia. Our panel of experts recommended theories in our literature review based on their expertise in speech and language in preschool children. Each theory was analyzed to extract important variables or domains to be included in the conceptual framework.  The Malay language was recommended as a medium for the new screening tool. Based on our literature review, we formulated a conceptual framework with four independent variables or domains: preverbal, receptive, expressive, and vocabulary. The dependent variables were speech and language delay. Age was identified as our moderating variable. Social interaction, culture, laws, and policies were mediating variables in our proposed conceptual framework. Our proposed conceptual framework was a guide for developing screening tools for speech and language delay in preschool children. The screening tool can be in the form of an interview questionnaire, physical examination, or parent-rated screening tool based on the researcher's needs and preferences.

ABSTRAK

Saringan untuk kelewatan pertuturan dan bahasa pada kanak-kanak bukanlah perkara baharu dan telah dilakukan selama sedekad. Pada masa ini, banyak alat saringan pertuturan dan bahasa yang disahkan tersedia dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, pengaruh sosial dan budaya banyak mempengaruhi pertuturan dan bahasa. Oleh itu, alat saringan yang disahkan mungkin hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai latar belakang, budaya dan norma yang sama. Pengkaji telah mengkaji pelbagai teori tentang perkembangan pertuturan dan bahasa dalam kanak-kanak prasekolah untuk membina satu kerangka konsep bagi membangunkan alat saringan kelewatan pertuturan dan bahasa baharu yang sesuai untuk digunakan di Malaysia. Teori-teori di dalam kajian ini telah disyorkan oleh barisan panel berdasarkan kepakaran mereka dalam menguruskan kes-kes kelewatan pertuturan dan bahasa dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Setiap teori yang disyorkan telah dianalisis untuk mengekstrak domain-domain penting untuk dimasukkan ke dalam kerangka konsep. Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar untuk alat saringan baru ini. Berdasarkan kajian literatur, pengkaji merumuskan kerangka konsep dengan empat domain: praverbal, reseptif, ekspresif dan perbendaharaan kata. Pembolehubah bersandar ialah kelewatan pertuturan dan bahasa. Umur dikenal pasti sebagai pembolehubah penyederhana. Interaksi sosial, budaya, undang-undang dan dasar telah menjadi pembolehubah pengantara dalam kerangka konsep yang kami cadangkan. Kerangka konsep ini merupakan panduan untuk membangunkan alat saringan untuk kelewatan pertuturan dan bahasa dikalangan kanak-kanak prasekolah. Alat saringan yang dibina boleh dibangunkan dalam bentuk soal selidik temu bual, pemeriksaan fizikal, atau alat saringan yang dinilai ibu bapa berdasarkan keperluan dan keutamaan penyelidik.

Mohammad Syafiq Hassan, Nik Nairan Abdullah, Nur Azah Mohd Isa, Siti Sabariah Samian, Indirawati Zahid, Nur Farah Farhana Jamil Copyright (c) 2025 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) https://peradaban.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/60818 Wed, 30 Apr 2025 00:00:00 +0800 PEMILIHAN BAHASA KOMUNITI CINA DI SIMPANG AMPAT, PULAU PINANG https://peradaban.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/60820
ABSTRAK

Kepelbagaian bahasa dalam masyarakat majmuk Malaysia menimbulkan persoalan tentang cara individu dan komuniti membuat pilihan bahasa dalam kehidupan seharian. Dalam konteks negara yang menekankan peranan bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan, wujud keperluan untuk memahami pola pemilihan bahasa yang berlaku dalam kalangan komuniti pelbagai kaum, khususnya dalam domain sosial harian seperti keluarga, kejiranan dan aktiviti jual beli. Kajian ini meneliti pola pemilihan bahasa dalam kalangan komuniti Cina di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, Pulau Pinang dengan tumpuan terhadap tiga domain utama tersebut. Data dikumpul melalui soal selidik dan pemerhatian ikut serta yang melibatkan 200 orang responden daripada komuniti berkenaan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bahasa Mandarin dan dialek warisan seperti Hokkien, Hakka dan Kantonis merupakan bahasa utama dalam domain keluarga. Dalam domain kejiranan dan aktiviti jual beli, penggunaan bahasa adalah lebih rencam, melibatkan bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, bergantung kepada latar dan konteks interaksi. Bahasa Inggeris dikenal pasti sebagai pilihan utama dalam sektor pekerjaan dan komunikasi global, manakala bahasa Melayu diiktiraf sebagai simbol perpaduan nasional yang mampu merentas sempadan etnik. Sementara itu, bahasa Mandarin berperanan penting dalam mengekalkan identiti budaya serta membangkitkan rasa bangga etnik dalam kalangan komuniti tersebut. Kajian ini memberikan kefahaman yang lebih jelas tentang pengaruh faktor sosial, ekonomi dan budaya terhadap corak pemilihan bahasa dalam kalangan komuniti Cina sebagai salah satu komuniti pelbagai bahasa di Malaysia.

Abstract

The linguistic diversity within Malaysia’s multi-ethnic society raises questions about the ways in which individuals and communities make language choices in their daily lives. In a national context that emphasizes the role of the national language as a tool for unity, there is a pressing need to understand the patterns of language choice that emerge among various ethnic communities, particularly within everyday social domains such as the family, neighbourhood, and marketplace interactions. This study examines the language choice patterns among the Chinese community in Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, Penang, focusing on these three key domains. Data were collected through surveys and participant observation, involving 200 respondents from the community.Findings indicate that Mandarin and heritage dialects such as Hokkien, Hakka, and Cantonese are predominantly used within the family domain. In neighbourhood and transactional interactions, language use is more varied, involving Mandarin, Malay, and English, depending on the context and nature of the interaction. English is identified as the preferred language in employment and global communication, while Malay is recognised as a symbol of national unity capable of bridging ethnic divides. Mandarin, on the other hand, plays a significant role in maintaining cultural identity and fostering a sense of ethnic pride among the community. This study provides clearer insights into the influence of social, economic, and cultural factors on language choice patterns within the Chinese community, one of Malaysia’s linguistically diverse groups.
Mohd Khaidir Abdul Wahab, Khor Gek Suan Copyright (c) 2025 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) https://peradaban.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/60820 Wed, 30 Apr 2025 00:00:00 +0800 LEKSIKAL HARIMAU DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF https://peradaban.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/60822
ABSTRAK

Peribahasa berunsur harimau digunakan sebagai simbol untuk menggambarkan realiti kehidupan masyarakat Melayu dan mempunyai nilainya yang tersendiri untuk dijadikan panduan hidup. Cara hidup orang Melayu lama yang selalu meneliti unsur alam dan mengenali sifat binatang seperti harimau menyebabkan mereka menggunakan harimau sebagai simbol berkias dan memberikan teguran. Kajian ini menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) dan pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) dalam menganalisis data. Sebanyak empat peribahasa diambil Kamus Peribahasa Melayu oleh Sapinah Haji Said (2013) untuk dianalisis. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti domain yang terdapat dalam peribahasa Melayu yang mempunyai leksikal harimau dan menganalisis makna peribahasa yang mempunyai leksikal harimau menggunakan pendekatan semantik inkuisitif dibantu dengan Rangka Rujuk Silang. Hasil kajian menunjukkan berdasarkan peribahasa berunsurkan harimau terdapat empat domain yang dikenal pasti, iaitu domain kepimpinan atau kekuasaan, kekeluargaan, sindiran atau ironi dan sia-sia. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa objek harimau ini menjadi perlambangan bagi tingkah laku seseorang manusia seperti garang, bengis dan berani. Walaupun begitu, masih lagi terdapat makna tersirat yang ingin disampaikan seperti pesanan untuk berbuat baik dengan masyarakat dan teguran kepada ndividu yang bersubahat dalam melakukan kejahatan. Perkara ini sekali gus mencerminkan keunikan dan akal budi Melayu dalam berkata-kata. Kajian ini dilihat dapat memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan terutama dalam ilmu semantik yang memfokuskan kajian peribahasa. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat dikembangkan lagi dengan pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) menggunakan unsur yang berbeza pada masa akan datang.

Abstract

Proverbs with tiger elements are used as symbols to describe the reality of Malay society and have their own value to be used as a guide for life. The way of life of the old Malays who always examined the elements of nature and recognize the nature of animals such as tigers led them to use tigers as symbols to illustrate and give reprimands. This study uses the Semantic Inquisitive (SI) approach and the Cross-Reference Framework (RRS) approach in analyzing the data. A total of four proverbs were taken from the Malay Proverbs Dictionary by Sapinah Haji Said (2013) for analysis. This study aims to identify the domains found in Malay proverbs that have tiger lexical items and analyze the meaning of proverbs that have tiger lexical items using the semantic inquisitive approach assisted by the Cross-Reference Framework. The results of the study show that based on proverbs with tiger elements, there are four domains identified, namely the domains of leadership or power, family, sarcasm or irony and vanity. The findings also show that this tiger object is a symbol for human behaviour such as fierce, aggressive and brave. Even so, there are still implicit meanings that want to be conveyed such as messages to do good to society and reprimands for individuals who are complicit in committing crimes. This also reflects the uniqueness and common sense of the Malays in speaking. This study is seen to be able to contribute to the field of education, especially in semantics which focuses on the study of proverbs. Therefore, it is hoped that this study can be further developed with an Inquisitive Semantics (SI) approach using different elements in the future.
Mohamad Afiq Hidayat Mohamad Helni, Nurul Jamilah Rosly Copyright (c) 2025 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) https://peradaban.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/60822 Wed, 30 Apr 2025 00:00:00 +0800 ZA’BA DAN PENDAPAT PERBAHASANNYA TENTANG TAKDIR https://peradaban.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/60824
Kajian ini bertujuan membahaskan karya teologi Zainal Abidin bin Ahmad, atau nama singkatannya Za‘ba, iaitu Falsafah Takdir, yang menggariskan pandangan rasionalnya tentang mazhab teologi Islam dan tradisi perbincangannya. Pemahaman tersebut dirumuskan daripada penulisan Dr. Basharat Ahmad yang disiarkan dalam majalah Islamic Review  (keluaran Ogos-September 1921) yang berpangkalan di Woking, London bertajuk “Taqdir (Pre-Measurement in Islam” yang menghuraikan pandangan agama yang koheren tentang takdir yang mendukung prinsip rasional dan semangat logika. Za’ba cuba menggarap idea tersebut dalam konteks masyarakat Melayu untuk membawa perspektifnya yang dinamik dan terbuka bagi merubah sikap menyerah dan fatalistik bangsanya dalam kepercayaan dan penghidupannya. Kajian ini dirangka berasaskan kaedah kualitatif dalam bentuk tinjauan pustaka dan analisis teks. Ia menerapkan pendekatan normatif, deskriptif, dan sejarah dalam analisis dan penyorotan data. Hasil kajian mendapati Za’ba membawa idealisme perubahan dan semangat pencerahan yang berkesan diilhamkan daripada ajaran-ajaran al-Qur’an dan hadith sehingga membangkitkan kesedaran serta keyakinan baharu dalam kalangan masyarakat Melayu tentang konsep sebenar takdir. Ini dikembangkan dari prinsip metafizik dan kerangka falsafah Islam yang rasional yang mengacu kepada kefahaman etika dan keagamaan yang dinamik dan berimplikasi dalam konteks sejarah yang moden dalam mengilhamkan pembaharuan intelektual dan pandangan hidup yang tercerah dan progresif. Sebagai usul lanjutan, dicadangkan supaya idea-idea teologi Za’ba yang instrumental ini dikembangkan secara meluas dalam masyarakat Melayu bagi membantu meningkatkan nilai kemajuan dalam kehidupan mereka berkat kefahaman sebenar tentang iktikad takdir yang dinamik dan progresif ini.

ABSTRACT

The paper discusses the theological work of Zainal Abidin bin Ahmad, or his acronym Za‘ba, i.e., Falsafah Takdir (The Philosophy of Predestination) that underlies his rational outlook of Islamic theological and discursive tradition. Such understanding was derived from the practical viewpoint espoused by Dr. Basharat Ahmad in his article published in Islamic Review (August-September 1921) entitled “Taqdir (Pre-Measurement) in Islam” which articulated coherent religious viewpoint of predestination that reflected its rational foundation and reassuring and logical spirit. Za’ba tried to encapsulate the ideas in the context of the Malay community to bring forth its encouraging and dynamic perspective aspiring to reform their pessimistic religious views and understanding and fatalistic attitude toward Islamic faith. The study is based on qualitative method in the form of library and documentary survey. It uses normative, descriptive and historical approaches to analyze the data and reach final conclusion. The finding shows that Za’ba embodies the enlightening spirit of Islam aligned with the classical school of rational and speculative thought. It decisively aimed to bring new consciousness into the Malay community through his reinterpretation of the traditional concept of predestination, in light of new metaphysical perspective that brings inspiring philosophical dimension of its dynamic ethical and religious postulate and its implications in modern context to realize the ideal of reform and its promising intellectual and religious aspiration. In furtherance to this proposal, it is suggested that the instrumental ideas of Za’ba be disseminated in the wide spectrum of Malay community to help develop their sustainable life and value through right understanding of the dynamic concept of predestination as espoused by Za’ba.

Ahmad Nabil Amir, Tasnim Abdul Rahman Copyright (c) 2025 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) https://peradaban.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/60824 Wed, 30 Apr 2025 00:00:00 +0800 PENCAPAIAN PROJEK AZAM TANI MARDI KELANTAN: ANALISIS IMPAK PROJEK TERHADAP HIDUP PESERTA https://peradaban.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/60825
ABSTRAK

Tahap keberkesanan program pembasmian kemiskinan di Malaysia amat jarang diberi tumpuan dan penekanan. Salah satu program tersebut ialah program Projek AZAM Tani yang telah dijalankan oleh beberapa agensi kerajaan semenjak tahun 2011, tahap keberkesanannya memerlukan kajian lebih mendalam. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pencapaian peserta-peserta Projek AZAM Tani oleh Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kelantan. Seramai 352 peserta projek di negeri Kelantan terpilih sebagai responden kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah soal selidik (borang pemantauan) dan temu bual yang mencatatkan jumlah pendapatan bulanan. Setelah data diperolehi daripada responden, analisis deskriptif dilakukan untuk menjawab soalan-soalan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta-peserta Projek AZAM Tani di Kelantan antara tahun 2011-2018 telah berjaya mengubah tahap ekonomi mereka kepada suatu tahap yang lebih baik. Hal ini dapat dilihat dari segi pertambahan pendapatan peserta yang mencatatkan paras melebihi pendapatan Paras Garis Kemiskinan (PGK). Hasil kajian juga mendapati para peserta projek mempunyai sikap dan motivasi yang tinggi terhadap projek yang dijalankan. Situasi ini sekali gus mampu meningkatkan status sosioekonomi para peserta dengan lebih baik dalam jangka panjang. Dapatan kajian juga memperlihatkan pelbagai faktor dalaman dan faktor luaran yang dapat mempengaruhi pencapaian peserta projek. Namun, satu kajian lanjut berkenaan keberkesanan program perlu dijalankan agar hasil kajian adalah benar-benar mencerminkan kejayaan sebenar program dalam semua aspek.

ABSTRACT

The level of effectiveness of poverty eradication programs in Malaysia is rarely given attention and emphasis. One of these programs is the AZAM Tani Project program which has been carried out by several government agencies since 2011, its level of effectiveness requires more in-depth study. Therefore, this study was conducted to determine the level of achievement of the participants of the AZAM Tani Project by the Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) in Kelantan. A total of 352 project participants in the state of Kelantan were selected as study respondents using the stratified random sampling method. The study instruments used to collect data were questionnaires (monitoring forms) and interviews that recorded the total monthly income. After data was obtained from the respondents, descriptive analysis was conducted to answer the study questions. The study findings showed that the participants of the AZAM Tani Project in Kelantan between 2011-2018 had successfully changed their economic level to a better level. This can be seen in terms of the increase in income of participants who recorded a level exceeding the Poverty Line Income (PGK). The results of the study also found that the project participants have a high attitude and motivation towards the project being carried out. This situation is thus able to improve the socio-economic status of the participants for the better in the long term. The study findings also show various internal and external factors that can influence the achievement of the project participants. However, a further study on the effectiveness of the program needs to be conducted so that the results of the study truly reflect the true success of the program in all aspects.
Kamaruzaman Ahmad, Awang Azman Awang Pawi, Mashrom Muda Copyright (c) 2025 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) https://peradaban.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/60825 Wed, 30 Apr 2025 00:00:00 +0800